SINARPLUS percaya ramai ibu-ibu yang bekerja dan sibuk menyimpan banyak bekalan bahan mentah untuk dimasak dalam peti sejuk beku.

Namun, tahukah korang, bahan mentah yang disimpan itu boleh digunakan dalam jangka masa berapa lama?

Dan bagaimana cara yang betul untuk ‘defrost’ atau nyahbeku bahan mentah tersebut agar tidak terdedah pembiakan bakteria.

Ini perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Katanya, sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

“Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak.

“Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

“Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali.

“Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air,” tulisnya.

Selain itu, cara nyahbeku bahan mentah yang betul adalah;

1. Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.

Iklan

3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.

Baca juga Tak perlu ‘lantik’ diri jadi doktor Google, serahkan kepada pakar yang bertanggungjawab

Iklan

Menurutnya, jika tidak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.

“Nanti bila korang masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah!

“Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

“Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! ” katanya.

Semoga bermanfaat!