CIRIT-BIRIT adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh jangkitan kuman antaranya virus, bakteria dan parasit, alahan makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan bahan kimia dalam makanan.

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit dialami individu tanpa mengira usia adalah melalui pemakanan makanan dan air tercemar.

Lazimnya, masalah pencernaan itu berlaku selama beberapa hari sahaja. Jika ia berlanjutan sehingga berminggu-minggu, maka individu perlu mendapatkan rujukan pakar kesihatan.

Sehubungan itu, bagi mereka yang sedang mengalami cirit-birit SinarPlus kongsikan sembilan tip mudah untuk diamalkan di rumah.

1. Minum banyak air

Minum sekurang-kurangnya segelas air putih.

Selain itu, korang juga boleh menikmati jus buahan ataupun sup yang berperasa.

Ini disebabkan garam dalam minuman membantu memperlahankan kehilangan cecair dalam tubuh manakala gula pula bertindak membantu tubuh badan menyerap kandungan garam.

2. Makan hidangan kecil

Apabila korang makan makanan dengan kuantiti yang terlalu banyak ia merangsang saluran gastrousus
untuk lebih aktif.

Jika keadaan ini berlaku, ia memburukkan lagi keadaan cirit-birit yang sedang dialami. Oleh itu, cuba nikmati hidangan makanan kuanti kecil selepas.

Secara tidak langsung, membantu memudahkan perut memproses makanan.

Elak makanan bergoreng, kafein ketika cirit-birit. Amalkan 9 tip mudah

3. Elak minuman panas atau sejuk

Korang disarankan untuk elak minuman dan makanan yang mana suhunya terlalu panas atau terlalu sejuk.

Ia berikutan suhu terlalu panas atau sejuk menambahkan rasa loya atau mual. Sebaik-baiknya pilih bersuhu bilik atau suam.

4. Elak makanan bergoreng

Jika ingin makan daging, ikan ataupun ayam lebih baik dimasak kaedah memanggang atau rebus.

Jangan menggoreng kerana ia memburukkan lagi keadaan cirit-birit dialami.

5. Elak minuman alkohol dan berkafein

Minuman kategori ini boleh merengsakan saluran pencernaan dalam tubuh sehingga memburukkan masalah cirit-birit.

6. Perbanyakkan makanan kaya probiotik

Probiotik adalah sumber bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan. Ia berfungsi mewujudkan usus sihat bagi tubuh.

Antara sumber makanan kaya probiotik:

  • Keju
  • Coklat gelap
  • Kimchi
  • Jeruk
  • Yogurt
  • Buah zaitun hijau
  • Kombucha
  • Miso
  • Tempe

Iklan

Kadangkala cirit birit berlaku disebabkan kandungan bakteria yang tidak seimbang dalam usus. Dengan mengamalkan makanan kaya bakteria baik ia membantu menyeimbangkan semula bilangan bakteria baik tersebut.

7. Makanan jenis BRAT

Makanan BRAT adalah jenis makanan rendah kandungan serat yang boleh membantu mengeraskan najis.

Ia terdiri daripada pisang, nasi putih, sos epal dan roti.

8. Makan ketika lapar

Jangan sesekali memaksa tubuh makan ketika perut belum terasa lapar. Ini hanya akan memburukkan simptom cirit-birit.

Makan mengikut keperluan tubuh sahaja dan jangan berlebihan.

Buat jagung manis sendiri di rumah, guna 5 bahan mudah sahaja

Iklan

9. Elak buah dan sayur menyebabkan kembung perut

Terdapat buah dan sayur-sayuran yang boleh meningkatkan jumlah gas dalam usus (kembung perut) jika dimakan semasa cirit-birit.

Jika gas usus meningkat, maka cirit-birit akan bertambah buruk.

Antaranya ialah buah prun, beri, kekacang, kacang pis, brokoli, jagung dan sayuran berdaun hijau.

Baca juga Vaksin Covid-19 Dan Kehamilan, Apa Ibu-Ibu Di Luar Sana Perlu Tahu?

Justeru, dengan mengubah gaya hidup terutamanya melibatkan corak pemakanan secara tidak langsung menjadi ‘penawar’ masalah cirit-birit dialami.

Pilih makanan dan minuman yang ideal bagi membantu melegakan masalah pencernaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Health Group dan myhealth.gov.my