SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada beberapa negeri yang terkesan, antara berita yang sering ditunggu-tunggu oleh ramai pihak terhadap perkembangan Covid-19 termasuklah berkaitan kebenaran mengadakan majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan.

Mana tidaknya, sejak PKP dilaksanakan pada Mac lalu, segala majlis perhimpunan yang melibatkan kelompok berkumpulan dalam skala yang ramai tidak dibenarkan termasuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan.

Namun, baru-baru ini, Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini sedang menjalani PKPB sehingga 9 November kini dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula 27 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Meninjau perkembangan semasa, Dr. Zulkfili hari ini telah membuat lawatan mengejut ke tapak majlis nikah di JAWI untuk membuat pemantauan dan dikongsi kepada umum melalui laman Facebook dan juga Twitter miliknya.

Erra Fazira selamat nikah, Menteri Agama ucap tahniah

“Saya sempat meninjau SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan Alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan.

“Insya-Allah saya akan umumkan SOP Akad Nikah terbaharu bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat,” tulisnya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan warganet adalah ketika lawatan tersebut terdapat sepasang pengantin sedang melangsungkan pernikahan dan pengantin perempuan tersebut dikenali sebagai Erra Fazira seperti apa yang dikongsikan Dr. Zulkifli.

Beliau juga telah memuat naik beberapa keping gambar Erra Fazira dan pasangannya dan merakamkan ucapan tahniah buat pasangat tersebut

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulisnya.

Jadi kepada korang, jangan juga salah sangka ya, bukan pelakon kesayangan Erra Fazira yang bernikah sebaliknya Erra Fazira yang lain. Kebetulan nama sahaja sama.

Iklan

Mencengah ke ruang komen pula mendapati ramai dalam kalangan warganet terkejut dengan perkongsian yang dibuat oleh Dr. Zulkifli dan tidak menyangka beliau pandai bergurau.

Antara komen daripada warganet adalah:

Yusof Zin – “Dato punya punchline sekali dengan saya terperanjat..hehe”

IrfanHamat – “Datuk pun kelakar rupanya, terbaik Datuk, teruskan perjuangan suci anda untuk negara tercinta. Salute Datuk!”

Iklan

Nidzamuddin Zakaria – ” Terbaik Dato menteri kita.. jenaka dalam uslub yang benar dan tidak melampau lagi menghina itulah suri tauladan Junjungan Nabi Muhammad SAW.. jenaka menghilang gundah gulana menambah mesra dalam pergaulan”

Kecoh Erra Fazira nikah, warganet terhibur sisi lucu Menteri Agama Kecoh Erra Fazira nikah, warganet terhibur sisi lucu Menteri Agama Kecoh Erra Fazira nikah, warganet terhibur sisi lucu Menteri Agama Kecoh Erra Fazira nikah, warganet terhibur sisi lucu Menteri Agama