Facebook perkenalkan dark mode, tak sakit mata korang lagi

Facebook perkenalkan dark mode, tak sakit mata korang lagi
Facebook perkenalkan dark mode, tak sakit mata korang lagi
A
A
A

FACEBOOK antara laman media sosial yang popular dalam kalangan pengguna selain Instagram dan juga Twitter.

Kira Facebook ni abang sulunglah sebelum lahirnya Instagram, Twitter dan paling hangat kini TikTok.

Terbaharu, pengguna laman sosial Facebook kini berpeluang untuk menikmati kemas kini terbaru menerusi aplikasi berkenaan.

Dilaporkan, pihak Facebook telah mengemas kini reka bentuk antaramuka laman Facebook.com dengan menjadikannya lebih mudah dan pantas diakses penggunanya.

Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah akses tetapan pilihan dark mode, tiga akses mudah kepada Event, Feed dan Group serta iklan Facebook.

Facebook juga memaklumkan bahawa reka bentuk baru antaramuka Facebook.com kini sudah ditawarkan untuk semua pengguna di seluruh dunia. Jadi, korang boleh aktifkan sahaja mode tersebut sama ada menggunakan smart phone atau desktop. Dua-dua kini dah boleh.

Paparannya pun not bad. Menarik dan cantik kena dengan era terkini la. Nampak muda sikit walaupun Facebook kini dah berusia.

Selain itu, Facebook juga mengalu-alukan maklum balas daripada korang sebagai pengguna yang boleh dibuat menerusi ciri Give Feedback.

Namun jika korang lebih suka dengan interface yang lama, korang boleh sahaja klik pada tetapan pilihan Switch to Classic Facebook pada bila-bila masa. Paparan Classic seperti sebelum ini akan berubah dengan serta merta.

Jika korang mengubah kepada paparan lama jangan lupa tinggalkan maklum balas, mungkin pihak Facebook akan memperbaiki kelemahan yang dimiliki melalui maklum balas korang.

Selamat mencuba!

Sumber: FB Newsroom

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca