Fakta menarik perenang tampan negara Welson Sim, popular di China dan Thailand

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

ATLET negara, Welson Sim yang mewakili Malaysia bagi sukan renang kategori 200meter (m) dan 400m gaya bebas lelaki tiba-tiba mengundang perhatian ramai terutama warganet Thailand dan China.

Semuanya dikatakan bermula sewaktu acara perbarisan kontinjen ketika majlis perasmian pembukaan sukan

Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo, Jepun baru-baru yang disiarkan secara langsung di seluruh negara.

Ada yang mengatakan perenang berusia 24 tahun itu kelihatan segak dan tampan walaupun memakai pelitup mulut yang hanya menampakkan bahagian mata.

Menerusi laman Weibo, beberapa individu memuat naik posting serta beberapa gambar perenang dari Kuching,

Sarawak itu untuk tatapan umum.

Di laman website itu juga Sim atau nama sebenarnya Welson Sim Wee Sheng mendapat pujian ramai warganet dari China yang mengatakan dirinya segak dan tampan.

Meninjau ke laman Instagram miliknya pula, foto terbaharu Sim telah menerima lebih banyak tanda suka selain

dihujani ribuan komen yang mengucapkan selamat berjuang dalam merebut pingat emas.

Media tempatan melaporkan Sim mula mencuri tumpuan ramai sejak Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 apabila

memenangi emas pertama dalam acara 400 meter (m) gaya bebas di pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Fakta menarik perenang tampan negara Welson Sim, popular di China dan Thailand

Sedikit info menarik mengenai Welson Sim;

1. Sim dilahirkan pada 29 Mac 1997 di Sarawak dan merupakan atlet perenang Malaysia.

2. Sebelum ini Sim pernah bertanding dalam pelbagai acara berprestij termasuklah Sukan Olimpik pada 2016.

3. Untuk Olimpik 2020 Tokyo ini, Sim mewakili negara dalam kategori gaya bebas renang 200 meter (m) dan 400m

lelaki.

Baca juga Bangga ilham dari UiTM, busana kontinjen Olimpik Tokyo 2020 jadi sebutan

4. Mulai menyertai kelas berenang pada usia 10, dan bertanding dalam Piala Presiden Sarawak setahun

kemudian.

5. Tinggi 1.81 m dan berat 70 kg.

Selamat maju jaya buat semua atlet Malaysia!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca