PENDEDAHAN penyampai radio terkenal, Fara Fauzana mengenai momen memakai baju raya secondhand benar-benar mengundang sebak ramai.

Personaliti TV yang sentiasa ceria itu dilihat tidak dapat menahan air mata daripada mengalir tatkala mengimbau kembali kenangan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Baca ni Ditanya soal jodoh, Fara Fauzana menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’

fafau“Daripada kecil kita tak pernah set baju raya sebab kurang berkemampuan.

“Bila sebut pasal baju raya, saya sampai sekarang… nak bagitahu baju raya ini penting. Faham sangat,” ujarnya yang mesra disapa Fafau.

Menurut hos terkenal itu juga, disebabkan keluarga kurang berkemampuan, justeru beliau terpsksa memakai baju yang diberikan oleh kawan mamanya.

“Saya pernah merasai momen pakai baju raya secondhand daripada kawan mama.

“Baju dia yang dah lama tapi masih cantik.

“Mama cakap tahun ini tak ada baju raya, jadi pakai baju daripada kawan mama ini. Saya sangat hargai.

fara fauzana“Jadi, kita nak beritahu anak-anak nanti, kadang-kadang baju raya itu memang penting, tapi tak kira dari mana ia datang, walaupun secondhand, preloved it’s OK,” ungkapnya samvil menyapu air mata.

Rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dengan perkongsian daripada Fara itu.  Bahkan ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri.

Baca lagi ‘Bagai sirih pulang ke gagang’ – Fafau kembali ke Hot FM bersama AG

fara

‘@Hamba Allah: Saya anak yatim dari kecik… Dulu sentiasa pakai baju secondhand yg saudara bagi. Tapi saya happy sgt. Sekarang ni saya tak kisah klau baju raya saya murah. Janji saya selesa.’

@drfaizhanim:Berbaloi dgn pencapaian fafau skrg. Semua org ada jalan kisah masing2. We know fafau where your level at right now. U deserve it.’

@SaraSya:fafau sekarang suka “potong bawang” 🥺🥺 ape pun..itu la process kehidupan..setiap org ada fasa2 kesusahan masing2..tapi alhamdulillah…sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ❤

fara 1

@Idah Sham Shawal:sy jgnkan baju raya, baju & beg sekolah pun slalu 2nd hand. pkai slama bertahun. Alhamdulillah, xde merungut, malah menjadikan sy manusia yg trus bersederhana dlm segala hal smpi arini.

@watie ahmad:Betul Fafau.bila kita bersyukur hidup kita lebih bahagia.Umur da cam kita ni mula hargai benda yg kecil dan mudah emosi tiba 2rasa nak menangis 🥰

@__el.n:Ni betul.. betul baju raya tu penting..tp bersyukur dgn apa yg ada tu LEBIH penting ❤️kemampuan semua org xsama.. komitmen semua org xsama.. ada baju tuk disarung dipg raya tu pon dh besyukur..

@Nurulhuda Mustapakamal:Anak saya dapat baju kurung cantik dr jiran pun dia dah happy dah. Anak jiran dah besar, pass baju kat anak saya. Bajunya masih cantik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang. 

 

 

 

 

 

Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Iklan