DIKURNIAKAN wajah yang jelita, disulami personaliti anggun dan menawan menjadikan bekas ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi sentiasa diingati peminat sukan tanah air.

Malah, sumbang baktinya kepada negara sepanjang lebih dua dekad menjadikan Farah Ann rujukan dan sumber inspirasi kepada atlet muda meningkat naik serta kaum Hawa di luar sana.

Menyedari hakikat itu, Farah Ann mahu menjadi contoh dan ikutan terbaik selain cuba terus menyumbang pengalamannya untuk merancakkan lagi sukan gimnastik di negara ini.

Selain itu, Farah Ann juga mahu menginspirasikan wanita di negara ini untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.

“Semasa masih aktif sebagai atlet pun, saya bekerja keras dan sentiasa mahu lakukan yang terbaik.

“Ini kerana saya percaya, ia akan menghasilkan snowball effect. Lagi banyak saya cipta kejayaan, lagi banyak peluang itu datang,“ kata Farah Ann yang mengumumkan persaraannya dua tahun lalu.

Tambah Farah Ann, apa yang berlaku ke atas dirinya membuktikan kaum wanita juga boleh berjaya dalam bidang sukan.

“Saya mahu menjadi contoh dalam dan luar gelanggang. Apabila ada kanak-kanak melihat pencapaian saya, mereka pun bersetuju ‘oh ada wanita berjaya dalam sukan, saya pun boleh lakukan perkara sama‘

“Bukan sahaja dalam sukan, wanita perlu berjaya dan capai apa sahaja impian mereka.

“Sentiasa percaya diri dan jangan biarkan tanggapan negatif menghalang anda untuk berjaya,“ ujar bekas gimnas berusia 29 tahun ini.

Sebagai rekod, Farah Ann melakar sejarah tersendiri apabila menjadi gimnas wanita Malaysia kedua melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 (Tokyo, Jepun) selepas kali terakhir dilakukan oleh Au Li Yen pada edisi 2000 di Sydney.

Farah Ann yang membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India turut muncul antara gimnas terbaik Malaysia di pentas Sukan SEA.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024, Farah Ann hadir ke studio Sinar Harian untuk temu bual eksklusif selepas disenarai sebagai salah seorang daripada 10 Wanita Inspirasi Malaysia.

Iklan

Baca juga: Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia

Baca juga: Datuk S Sasikala Devi wanita Besi Sang Saka Biru

INFO

Nama: Farah Ann Abdul Hadi

Jawatan: Bekas gimnas negara

Iklan

Pencapaian: Antara atlet gimnastik artistik negara yang paling berjaya di Sukan Sea apabila berjaya meraih tujuh emas menerusi penampilan pada edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila.

Meraih pingat perak kategori palang bertingkat dalam Kejohanan Piala Dunia di Ljubljana, Slovenia pada 2016.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!