KEHADIRAN wanita dalam pasukan beruniform dan penguatkuasaan undang-undang semakin meningkat sejak beberapa tahun ini.

Ia menandakan kemajuan yang ketara ke arah kesaksamaan jantina dalam profesion tradisional yang didominasi lelaki.

Walau bagaimanapun, di sebalik kemajuan ini, wanita dalam polis menghadapi pelbagai cabaran yang unik.

Daripada stereotaip kepada halangan fizikal dan psikologi, pegawai wanita melayari landskap yang kompleks sambil mereka berusaha untuk berkhidmat dan melindungi komuniti.

Di Malaysia, salah seorang figura wanita dalam pasukan Sang Saka Biru yang kini sedang meniti puncak kerjaya ialah Datuk S Sasikala Devi.

Menjadi antara tiga polis wanita memegang pangkat tertinggi di Malaysia iaitu Deputi Komisioner Polis, Sasikala kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.

Bagi Sasikala, wanita pada masa kini terutamanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat jauh lebih hebat, malah berkeyakinan untuk melangkah ke hadapan bagi mencapai kejayaan cemerlang.

“Jika sebelum ini secara tradisinya wanita adalah golongan pemalu dan kurang berkeyakinan, namun semuanya berubah seiring dengan peredaran zaman.

“Sokongan golongan lelaki ke atas wanita di tempat kerja juga menjadikan kaum Hawa mampu melonjak ke satu tahap yang membanggakan.

“Dukungan seumpama itu sangat penting bagi membolehkan wanita melangkah maju ke hadapan,“ kata Sasikala yang mula menyertai pasukan PDRM sejak tahun 1989.

Diajak berbual semasa sesi fotografi khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, tambah Sasikala, dari segi persekitaran dan kekeluargaan, ibu bapa masa kini juga perlu memikul tanggungjawab untuk melihat potensi anak perempuan dan lelaki adalah setara.

Malah, kata graduan ekonomi daripada Universiti Malaya itu, dengan dorongan sama rata serta tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, wanita masa kini mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang pekerjaan yang sebelum ini didominasi kaum lelaki.

“Tidak dinafikan, wanita moden bersifat berdikari serta kental, malah lebih cekap menguruskan kerjaya dan keluarga.

“Jika dahulu wanita dilihat terbatas untuk sesuatu kerjaya sahaja, tetapi ia telah berubah apabila ramai golongan Hawa menjawat jawatan tinggi termasuk dalam badan uniform,“ tegas Sasikala lagi.

Katanya, salah satu amanah yang diberikan kepada beliau adalah menubuhkan AMANITA (kumpulan pegawai dan anggota polis wanita) bertujuan mendekati masyarakat terutama suri rumah agar dapat menjadi mata dan telinga polis, selain menangani kes-kes keganasan terhadap kaum Hawa.

Iklan

Baca juga: Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia

Baca juga: ‘Ibu sumber kekuatan dan kebijaksanaan saya’ – Nancy Shukri

INFO

Nama: Datuk S Sasikala Devi

Jawatan: Timbalan Ketua Polis Selangor

Iklan

Pencapaian: Memasuki bidang kepolisian sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis pada 1989.

Ketika ini, beliau merupakan antara tiga pegawai kanan polis wanita tertinggi di Malaysia menjawat pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!