Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai 19 April, rentas negeri dibenar untuk bawa waris

Vaksin Covid-19
Vaksin Covid-19
A
A
A

FASA Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula dalam tiga hari lagi.

Justeru, bagi memastikan Fasa Kedua ini berjalan dengan lancar, orang ramai dinasihat bantu ibu bapa atau mereka di bawah jagaan yang belum mendaftar untuk berbuat demikian bagi mendapat vaksinasi.

Fasa Kedua ini merangkumi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, berpenyakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Fasa Kedua akan bermula di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan sebelum dimulakan di negeri-negeri lain beberapa hari selepas itu.

Khairy berkata, setelah dimaklumkan mengenai janji temu, penerima akan diingatkan sebanyak dua kali mengenai perkara itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan, sambil menambah bahawa penerima masih diberi pilihan untuk bersetuju dengan janji mereka atau menolaknya.

Katanya, peringatan pertama akan dihantar tiga hari sebelum janji temu dan yang kedua akan dihantar sehari sebelumnya.

Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat

Setelah bersetuju dengan janji temu, kehadiran adalah wajib kerana proses imunisasi telah dirancang.

Ketidakhadiran akan menyebabkan pembaziran kerana vaksin tidak dapat dikembalikan ke tempat simpanan setelah dikeluarkan.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut bersetuju memberi kebenaran kepada individu untuk merentas negeri bertujuan membawa tanggungan terutama ibu bapa ke janji temu mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Bagaimanapun kata Khairy yang juga menteri penyelaras program tersebut, kebenaran itu hanya tertakluk kepada seorang ahli keluarga sahaja.

Sebagai contoh kata Khairy, anak yang bekerja di Kuala Lumpur boleh pulang ke Rembau membawa ibu yang berumur untuk vaksinasi.

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Terdahulu, Rabu lalu, Khairy mengatakan Fasa Pertama Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan akan berakhir.

Artikel berkaitan: Covid-19 membimbangkan, KKM cadang tangguh rentas negeri Aidilfitri. KPN arah perketat rentas negeri serta merta

Fasa Kedua akan dimulakan pada 19 April ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun ke atas dengan sasaran 14 juta orang.

Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca