KESAL dengan sikap warga tempatan yang memandang enteng perihal penjarakan sosial bagi memerangi penularan virus Covid-19, pasukan perubatan Indonesia dilihat sudah berputus asa.

Situasi tersebut terbukti apabila hashtag #Indonesia? Terserah!!! menjadi trending menerusi media sosial di negara republik terbabit.

Difahamkan, penggunaan hashtag bermula sejak 15 Mei lalu merupakan manifestasi kekecewaan yang dizahirkan para petugas perubatan. Lalu, ia disokong sebahagian besar warga net sehingga #Indonesia? Terserah!!! menjadi tular dan trending sejak akhir-akhir ini.

Menurut Liputan6.com, salah satu faktor mendorong lahirnya tanda pagar sedemikian susulan penularan foto yang memaparkan keadaan penumpang pesawat bersesak di Bandara Soekarno Hatta.

Rata-rata penumpang didapati tidak menerapkan penjarakan sosial, walhal pada ketika itu pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan supaya mematuhi Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) .

indonesia
HASHTAG #Indonesia? Terserah!!! tanda kekesalan pasukan perubatan terhadap sikap rakyat Indonesia yang tidak mematuhi arahan bagi mengekang Covid-19.

Justeru, kebanyakan masyarakat mengecam sikap individu kerana tidak mematuhi arahan PSBB yang berkuatkuasa sejak 15 Mac lalu.

Artikel berkaitanLanggar tempoh kuarantin, hantar ke rumah berhantu

Arahan berkenaan dikeluarkan adalah untuk menangani penularan wabak Covid-19 yang mana direkodkan setakat ini Indonesia mencatat jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara.

Iklan

Berdasarkan data rasmi oleh jurucakap pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto, setakat semalam sebanyak 1,391 kematian dicatatkan manakala kes positif meningkat kepada 22,750 kes.

Lebih memilukan, media tempatan turut melaporkan seramai 25 doktor meninggal dunia ketika bertugas mengendalikan Covid-19.

Dimaklumkan, ketika ini terdapat kira-kira 6,000 pakar respiratori di Indonesia.

Iklan

Jika virus tersebut memperlihatkan trend peningkatan pastinya akan memberikan tekanan kepada petugas kesihatan yang bekerja tanpa henti sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Indonesia pada 2 Mac lalu.