Gagal terima BPR Fasa 2, permohonan rayuan dibuka mulai 15 Jun in

BSH digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat, permohonan kini dibuka
BSH digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat, permohonan kini dibuka
A
A
A

BARU-BARU ini seperti diumumkan kerajaan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 telah dilaksanakan mulai 7 Mei lalu.

Pun begitu bagi yang tidak berjaya mendapat bantuan janganlah kecewa ya!

Berita baik buat korang bahwa permohonan rayuan akan dibuka antara 15 hingga 30 Jun depan secara dalam talian menerusi portal BPR.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui segmen Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 dalam portal rasmi BPR.

Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Antara alasan TIDAK LULUS BPR Fasa 2 adalah seperti berikut:

  1. 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan.
  2. 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
  3. 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP.
  4. 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan.
  5. 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.

BSH digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat, permohonan kini dibuka

Permohonan rayuan boleh dibuat seperti langkah berikut:

  • Kunjungi Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
  • Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021).
  • Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
  • Kategori Permohonan / Rayuan BPR Fasa 2.

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021:

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak.
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun.
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Syarat Kelayakan BPR:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia.
  2. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah).
  3. Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS.
  4. Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah.
  5. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid).
  7. Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta.

Baca juga Berikut tarikh bayaran BPR fasa kedua. Belanja secara berhemah, jangan boros

Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia.
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan).
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU.

Terdahulu, BPR salah satu bantuan kewangan disalurkan kerajaan kepada golongan B40. Inisiatif tersebut membantu khususnya mereka yang terjejas ekonomi ekoran penularan pandemik Covid-19.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 tahun, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Ia memperuntukan sebanyak RM6.5 bilion yang dijangka memberi manfaat untuk 8.1 juta orang.

Sumber: eCentral

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca