SINARPLUS percaya, permainan atas talian Roblox sangat dikenali ramai. Malah ia sangat popular dalam golongan kanak-kanak hari ini.

Roblox merupakan satu platform sistem pembangunan permainan dalam talian yang membolehkan pengguna untuk mereka bentuk permainan mereka sendiri dan memainkan pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pengguna lain.

Platform ini menjadi tempat utama permainan rangkaian sosial yang dibina dari blok maya seperti Lego.

Namun, terdapat perkembangan kurang enak apabila didakwa permainan itu mengandungi kandungan lucah yang mana membimbangkan untuk kanak-kanak.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Mohd Fhais Salim di Facebooknya, permainan Roblox dikatakan memberi impak negatif kepada anak-anak.

“Bahaya Roblox yang semua parent kena tahu sebelum bagi anak main. Nampak macam biasa je games budak-budak ni tapi sebenarnya banyak impak negatif pada otak anak-anak kita,” coretnya.

Ulasnya, antara kandungan dalam Roblox adalah;

  • Mengajar anak tentang tubuh badan dan isu seksual dengan cara yang salah. Ini bahaya!
  • Game ini menggalakkan seks bebas, dengan sesiapa pun boleh.
  • Kandungan dewasa di dalam game tersebut tidak terkawal, bersepah!
  • Anak belajar perkataan crush, dating, seks dan ‘private parts’ semuanya dalam game ini. Eii, seram sungguh la.
  • Walaupun secara maya, kesannya otak anak-anak kita kena ‘brainwash’. Yang salah jadi betul pula.
  • Lagipun sesiapa sahaja boleh main game ini, tak kira umur dan jantina, tak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari sini.
  • Tiga benda ni memang berleluasa dalam Roblox iaitu seks, buli dan keganasan.

Baca juga Hilang dikatakan disorok bunian, kisah doktor ini mengejutkan ramai apabila muncul plot twist tak disangka

Game Roblox didakwa unsur lucah cetus debat orang ramai

Coretnya lanjut, banyak lagi tapi tak sanggup nak tulis lagi, kesimpulannya jangan la bagi anak main games sampah begini.

Bagaimanapun, penulisannya mengenai bahaya Roblox tersebut mendapat pelbagai reaksi dan mencetuskan pendebatan ramai terutamanya kalangan ibu bapa.

Ujar mereka;

“Eyhh..tak tepat ni. Saya ulang lagi. Artikel ini tak tepat dan semberono ditulis. Kat Roblox, perkataan macam tu pun tak akan keluar dekat chat kalau di tulis. Memang kena block terus. Admin mohon lah cek sebelum tulis artikel macam ni. Mengelirukan ibu bapa dan sembang bimbang tanpa rasa ada tanggungjawab yang ikhlas. Cuba dulu main Roblox dengan anak anak. Selami denyut nadi diaorg. Apa yang best dengan Roblox ni.”

“Anak saya selalu tengok Roblox yang Malaysia punya Upin & Ipin. Yang itu bagus sikit. Asyik sebut ya ALLAH, Subhanaalah nama YouTube dia Hareed gaming. Hari-hari anak saya sebut YA ALLAH.”

Baca juga Kecewa beli sup dapat najis, ini cara mudah cuci perut lembu

Iklan

“Anak-anak main jugak, tapi takde lah berkaitan dengan apa yang penulis tulis. Kalau nak taip atau tulis lucah ke, apa ke pun kena block, nak tulis panjang-panjang pun kene filtered out. Macam kurang tepat lah apa yang penulis kata. Sy sendiri tengok anak main dengan sepupu dia.”

“Aku selalu je main ngan anak-anak game Roblox ni dan slalu jugak satu family main tak de pulak unsur-unsur lucah. Dalam Roblox tak pernah jumpa yang bogel-bogel lagi.”

“Allahu… amat menakutkan… ibu bapa kena ambil perhatian yang serius. Harap anak-anak dipantau dan semoga dijauhkan.”

Apa pun, ibu bapa sendiri perlu memantau anak-anak untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Iklan

Mencegah lebih baik daripada mengubati kan? Jadi tepuk dada tanyalah iman.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI