GANGGUAN perkhidmatan transit kereta api ringan atau light rail transit (LRT) di ibu negara memberikan impak kepada pengguna.

Selain daripada komuter dan bas, ramai yang menggunakan LRT kerana ia menghubungkan beberapa lokasi tumpuan dengan kapasiti serta kelajuan yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan terkini, 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula 9 November hingga 15 November.

Baca juga: [VIDEO] “Tiba-tiba terpelanting, tak sampai 10 saat bergerak”- Mangsa cerita detik cemas kemalangan LRT

Baca juga: LRT ‘bertembung’ insiden pertama tempoh 23 tahun. 47 parah, panel kaca pecah bertaburan

Manakala stesen-stesen lain beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11.00 malam. Hal berkenaan dikatakan berpunca daripada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.

Kredit foto: Facebook Rapid KL

Berikut lima info anda perlu tahu bagi memudahkan pergerakan:

1-16 Stesen yang terlibat ialah:

1. Kelana Jaya
2. Taman Bahagia
3. Taman Paramount
4. Asia Jaya
5. Taman Jaya
6. Universiti
7. Kerinchi
8. Bangsar
9. Abdullah Hukum
10.KL Sentral
11.Pasar Seni
12. Masjid Jamek
13. Dang Wangi
14. Kampung Baru
15. KLCC
16. Ampang Park

2-Perkhidmatan bas perantara percuma untuk laluan Kelana jaya disediakan seperti berikut:

  • LRT 1. Bas tanpa henti disediakan dari Stesen Ara Damansara ke Stesen Pasar Seni.
  • LRT 2. Bas tanpa henti disediakan dari Stesen Ara Damansara ke Stesen Kelana Jaya.
  • LRT 3. Bas akan berhenti setiap stesen disediakan dari Stesen Kelana Jaya ke Stesen Pasar Seni.
  • LRT 4. Bas tanpa berhenti disediakan dari Stesen Pasar Seni ke Stesen Masjid Jamek.
  • LRT 5. Bas akan berhenti setiap stesen disediakan dari Stesen Masjid Jamek ke Stesen LRT Damai.
Kredit foto: Pexels

3-Manakala LRT laluan Kelana Jaya di bawah akan ditamatkan awal. Ia akan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja.

1. Gombak
2. Taman Melati
3. Wangsa Maju
4. Sri Rampai
5. Setiawangsa
6. Jelatek
7. Dato Keramat
8. Damai
9. Lembah Subang
10.Ara Damansara
11.Glenmarie
12.Subang Jaya
13.SS15
14.SS18
15.US7
16.Taipan
17.Wawasan
18.USJ21
19.AIam Megah
20.Subang Alam
21.Putra Heights

4-Bagi laluan Kelana Jaya, orang ramai disarankan untuk menaiki bas perantara percuma yang disediakan. Bagi mengesan lokasi bas, klik pautan di bawah.

1. CH01 LRT Ara Damansara ke Pasar Seni
https://bit.ly/3TjE69B

2. CH02 LRT Ara Damansara ke LRT Kelana Jaya
https://bit.ly/3UmdDto

3. SH01 LRT Kelana Jaya ke Pasar Seni
https://bit.ly/3Tgt3Ol

4. SH02 Masjid Jamek ke Pasar Seni
https://bit.ly/3zULKAf

5. SH03 LRT Dato’ Keramat ke Masjid Jamek
https://bit.ly/3TqArGV

Iklan

5-Kekerapan pengangkutan awam di bawah Rapid KL pada waktu puncak iaitu antara 7.00 pagi hingga 9.30 pagi adalah seperti berikut:

  • Laluan Ampang/Sri Petaling: Tiga minit bagi Daerah Pusat Perniagaan (DPP) manakala enam minit untuk stesen bukan DPP
  • Laluan monorel: 10 minit
  • Laluan Kajang: Enam minit
  • Laluan Putrajaya: Empat minit

Keadaan tersebut akan memberikan kesan para pengguna. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati. Tidak kurang yang merancang untuk mencari alternatif pengangkutan lain. Ujar mereka:

-“Jangan berharap sangat LRT ok esok. Kena cari alternatif lain untuk pergi kerja siap-siap.”

-“Semoga semua pengguna dipermudahkan urusan seharian. Masalah pada masa kemuncak tidak mampu kita tempuh, apatah lagi tujuh ari.”

-“Semoga semua pengguna LRT yang terlibat ini bersabar dan bertabah dengan berita yang perit ini.”

Iklan

-“Harap majikan lebih bertimbang rasa atas kelewatan kakitangan atau pekerja dalam tempoh tersebut.”

Baca juga: [VIDEO] Pintu tren LRT terbuka ketika bergerak laju, penumpang cemas

Sumber: FB Rapid KL

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi