Gara-gara Al Jazeera, kini nak buat video di media sosial perlu dapat lesen kelulusan FINAS

Gara-gara Al Jazeera, kini nak buat video di media sosial perlu dapat lesen kelulusan FINAS
Gara-gara Al Jazeera, kini nak buat video di media sosial perlu dapat lesen kelulusan FINAS
A
A
A

SEPERTI apa yang diketahui umum, agensi berita antarabangsa, Al Jazeera baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi setelah menerbitkan dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

Ekoran kejadian itu, pihak Al Jazeera turut didakwa FINAS kerana tidak mendapatkan lesen sebelum penggambaran.

Bukan sahaja mendapat kecaman netizen dan media tempatan, Menteri Kanan (Keselamtan) Datuk Seri Ismail Sabri turut menuntut Al Jazeera untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan isu yang berlaku, Datuk Saifuddin hari ini telah mengesahkan kesemua jenis penggambaran filem di dalam negara perlu mendapatkan lesen dari FINAS terlebih dahulu.

Kalau korang nak tahu, seperti apa yang difahamkan, permohonan lesen FINAS ini turut merangkumi video pada platform media sosial seperti Instagram Live dan TikTok.

Dengan kata mudahnya, kesemua penghasil konten atau vlogger di YouTube perlu memohon lesen dari FINAS sebelum melakukan penggambaran filem.

Ya korang jangan terkejut pula? Itu adalah hakikat apa yang sedang berlaku kini jika korang tak nak disabitkan dengan kesalahan seperti apa yang di dakwa FINAS.

Buat IG live pun nak kena mohon lesen kelulusan ke? Seperti apa yang SinarPlus fahamkan, jawapannya YA! Dah tak boleh lagi nak semberono yer guys!

Buat masa ini apa sahaja bahan video yang akan ditayangkan pada platform media sosial perlu mendapat lesen kelulusan.

Berdasarkan perkara kedua akta yang dikeluarkan, filem ditakrifkan sebagai filem cerita, filem pendek, filem kecil iklan, dokumentari, treler dan sebarang jenis rakaman imej bergerak berbunyi ataupun tidak menggunakan pita video atau ceper video.

Menurut laman web FINAS, pemohon perlulah terdiri pemilik syarikat serta mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Korang boleh ketahui lebih lanjut mengenai syarat yang ditetapkan FINAS dengan klik di sini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca