Gara-gara maki, ludah seorang wanita, penjual ikan kena denda RM3,000
INGAT lagi tak dengan video viral, perlakuan seorang lelaki yang memaki dan meludah seorang pekerja wanita di sebuah kedai runcit Isnin lalu?
Semuanya hanya kerana pekerja tersebut meminta lelaki itu memakai pelitup muka dan menulis maklumat pada buku rekod sebelum dibenarkan masuk ke dalam kedai.
Itukan SOP biasa yang telah ditetapkan. Namun lelaki itu tidak berpuas hati lalu memaki dan meludah pekerja wanita tersebut sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.
Setelah buat laporan polis, hasil siasatan mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 malam itu, suspek telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Menurut laporan akhbar, suspek berusia 47 tahun itu mengaku berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah.
Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.
Dan hari ini, lelaki itu telah dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh.
Jika gagal membayar denda, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara selama empat bulan.
Majistret Noor Azreenliana Mohd Darus membuat keputusan itu selepas tertuduh, M Gunalan, yang merupakan seorang penjual ikan mengaku bersalah.
Mengikut kertas pertuduhan, Gunalan didakwa telah mengaibkan kehormatan Nor Asni Zilzawani Mohd Zahid, 22, dengan cara memaki dan meludah dengan niat mengganggu kesantunan wanita berkenaan.
Sumber: Sinar Harian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang