PENGGUNAAN sarung tangan berwarna kuning tidak sesuai untuk pengendalian makanan sebaliknya untuk pencucian.

Demikian teguran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tular video seorang peniaga mengajar cara untuk membuat air asam siam dengan menggunakan sarung tangan terbabit.

Baca juga:Ibu bapa ‘sound’ tak bagi bawa makanan ringan dalam jamuan akhir tahun, ini reaksi Cikgu Fadli
“Sarung tangan jenis nitrile iaitu ‘powder-free-glove’ paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya menerusi aplikasi X baru-baru ini.

Baca juga:10 sajian lokal diwartakan makanan warisan negara, poin nombor 8 mesti ramai tak tahu

KKM turut memaklumkan, pihaknya menawarkan Pensijilan Gred Makanan bagi bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

“Industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan. Sebarang maklumat boleh layari http://hq.moh.gov.my/fsq,” ujarnya.

Baca juga:‘Semua lepas.’ Tip travel Khairul Aming elak makanan dirampas di airport, buat cara ini kastam & imigresen pun happy

Susulan itu, Tiktoker yang dikenali @daniasedek tampil memohon maaf di atas kekhilafannya.

“Saya dimaklumkan video menyediakan air asam menggunakan sarung tangan kuning dah viral dan KKM pun sudah repost tentang sarung tangan berwarna kuning.

“Pertama sekali, saya betul-betul minta maaf dan kali ini memang saya salah. Saya fikirkan ‘glove’ kuning tu full great. Kuning adalah warna brand kami. Saya suka warna kuning,” katanya.

Iklan

Beliau tidak teragak-agak mengakui kesilapan diri dan bertindak membuang sarung tangan itu.

“Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik. Dania mohon maaf atas kekhilafan.

“Lepas ini Dania akan lebih ‘alert’ dan akan tukar glove untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan. Terima kasih KKM sebab tegur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dania juga berharap agar isu tersebut dijadikan pengajaran buat para peniaga makanan yang lain untuk memeriksa kesesuaian sesuatu barang atau alat terlebih dahulu.

Iklan

Menerusi video berdurasi 1 minit berkenaan, ketika menyenduk nasi untuk dihidang, usahawan terbabit menukar sarung tangan warna hitam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!