MALAYSIA tidak terkecuali antara negara yang terkenal dengan keunikan sajian warisan yang tersendiri.

Padanlah dengan jolokan syurga makanan oleh kebanyakan pelancong asing yang datang bercuti ke sini.

Kita bertuah kerana memiliki masyarakat berbilang kaum sekali gus menyumbang kepada kepelbagaian variasi rasa kulinari enak yang memang tak dapat di negara lain.

Kalau ada pun, memang tak asli dan rupanya berbeza seperti yang dihasilkan oleh orang kita. Betul tak?

warisan negara

Apa lebih membanggakan, 10 jenis makanan lokal diwartakan sebagai objek warisan di negara ini.

Pemakluman senarai makanan tersebut di dalam Perisytiharan Objek Warisan 2024 disiarkan Jabatan Peguam Negara yang juga Warta Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

 

Ia diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Muhamad Muda Bahadin dengan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Menariknya, 10 hidangan yang diletakkan dalam kategori makanan ruji, kuih-muih, makanan pembuka selera, sup dan minuman diperincikan seperti berikut:

warisan negara

Makanan ruji:
a) Burasak
b) Mi kolok
c) Nasi ambeng

warisan negara

Baca juga Hajeedar perjuangkan warisan bangsa, mahu jadikan ICOMOS sebagai platform wacana dalam martabatkan khazanah negara

Kuih-muih:
a) Dodol kukus tahi minyak
b) kuih genggang (lapis)

warisan negarac) Karas
d) Uthappam

warisan negara

Pembuka selera:
a) Jeruk tuhau

warisan negara
KREDIT foto https://www.jommakanlife.com/.

Sup:
a) Bah Kut Teh (tulang rusuk khinzir)

Baca juga Rumah tradisi 200 tahun menjadi tumpuan dunia, padanlah vila warisan ini tersenarai destinasi wajib singgah di Langkawi

Iklan

Minuman:
a) Air katira

warisan negara
SUMBER foto Facebook Elle Mira.

Kalau dilihat, semua makanan yang menjadi list tersebut menonjolkan keunikan masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh nasi ambeng yang dipopularkan oleh masyarakat Jawa yang ada di Malaysia.

warisan negara

Lauk selambak dalam dulang dengan pilihan ayam goreng berempah atau ayam masak kicap atau ayam masak merah, selain mi goreng, sambal Jawa, serunding dan ikan masin bulu ayam.

Bagi kalian yang tidak begitu mengenali apa itu jeruk tuhau, ia sebenarnya sejenis makanan yang dikomersialkan oleh kaum Kadazan-Dusun di Sabah.

warisan negara
SUMBER foto https://munchmalaysia.com/.

Sajian itu diperbuat daripada sejenis halia liar yang dicampur dengan beberapa bahan lain seperti bawang putih, cili padi dan limau kasturi sebelum dijerukkan.

Iklan

Wah! Tak sangka menu warisan kini menjadi kebanggaan negara. Terbaiklah Malaysia.

warisan negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!