INI merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh peminat jenama UNIQLO.

UNIQLO DA Square secara rasminya telah membuka satu gedung berskala besar yang menempatkan pakaian dan semua aksesori jenama itu dalam satu bumbung kira-kira pukul 10 pagi di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Jika premis UNIQLO di pusat beli-belah telah membuatkan kita rambang mata, apatah lagi dalam satu gedung yang berkeluasan 1.40 meter persegi.

Sempena meraikan pembukaannya, UNIQLO memberi tawaran istimewa selama tiga hari untuk menyambut pelanggan awalnya bermula semalam hingga esok.

Kepada 500 pelanggan pertama yang memasuki kedai pada setiap hari, anda akan menerima beg barang.

Setiap pelanggan yang membuat pembelian RM200 atau lebih dalam satu transaksi akan menerima beg tote UNIQLO U. Wah! Bestnya.

Ketua Pegawai Eksekutif UNIQLO Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada berkata, UNIQLO DA Square telah dirancang dengan teliti oleh pihaknya bagi memastikan ruang dan akses yang cukup untuk semua orang seperti yang berkeluarga, warga emas termasuk orang kurang upaya yang tidak pernah dilupakan.

Dengan bahagian dalamannya yang terbuka dan lapang, kedai mega ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang ‘menyegarkan’ untuk pelanggan. Malah pelanggan yang biasa dengan produk UNIQLO dengan cepat mencari apa yang mereka mahukan, dengan paparan lengkap dari setiap kategori produk yang terancang dan mudah dilayari,” katanya.

Ujar Yuki, Malaysia adalah negara kelima di luar Jepun dan ketiga di Asia Tenggara yang membuka gedung eksklusif.

Negara yang mendahului Malaysia ialah Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.

Namun, yang membuatkan SinarPlus teruja selain terdapat banyak barangan adalah kawasan tempat letak kenderaan yang cukup luas. Ciri-ciri itu sangat penting ya kepada mereka yang membawa kenderaan sendiri.

Okey, berikut SinarPlus senaraikan 4 sebab kenapa anda kena wajib singgah ke UNIQLO DA Square:

-Satu-satunya lokasi yang menyediakan pelbagai tempat tidur AIRism. Teknologi itu memang menarik kerana boleh membuatkan anda tidur dengan nyaman dan selesa.

Iklan

-Kedai kedua selepas UNIQLO Fahrenheit 88 yang menampilan sejumlah keluaran UTme!. Ada sudut khas yang disediakan. Di situ, anda boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk reka bentuk pelekat dan percetakan untuk baju-T dan beg tote. Mesti ada yang pernah cubakan? Memang syok desain baju-T sendiri.

Sustainability Corner. Sudut ini kiranya menyokong kelestarian alam sekitar. Di situ juga, selain membeli-belah, orang ramai UNIQLO mendidik pelanggan tentang bagaimana mereka dapat bekerjasama dengan UNIQLO untuk menyumbang kepada masyarakat dengan mengambil bahagian dalam inisiatif kitar semula.

-Kalau ke sini, pasti anda tidak akan terkapai-kapai atau termangu-mangu mahu cari apa yang disasarkan. Ini kerana di UNIQLO DA Square, mereka memaparkan setiap kategori produk seperti alas tidur AIRism, pakaian dalam lelaki dan wanita, pakaian bersalin, pakaian bayi dan anak-anak, beg, kasut dan stoking. Memang mengancamlah!

Iklan

Okey, berikut adalah butiran operasi UNIQLO DA Square:

Pembukaan Khas: 18-20 Disember
Alamat: Dataran UNIQLO DA
A-G-1, Lot 2005, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai UNIQLO DA Square, boleh layari www.uniqlo.com Facebook: www.facebook.com/uniqlo.my/ dan Instagram www.instagram.com/uniqlomyofficial/.