JIKA bercakap mengenai fesyen, ia adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ini adalah kerana cita rasa fesyen dan penampilan setiap individu sebenarnya berbeza-beza dan ia juga didorong dengan faktor usia dan gaya hidup seseorang.

Tambahan pula fesyen hari ini sering berubah mengikut pada peredaran zaman. Ada dalam kalangan kita yang gemar menggayakan pakaian dan ada pula yang melengkapkan fesyen dengan pelbagai aksesori tambahan.

Gelang tangan, beg tangan, kopi, rantai, jam tangan dan pelbagai lagi aksesori lain sering menjadi pilihan mereka yang gemar bergaya.

Dalam pada itu gaya fesyen zaman sekarang kini dilihat semakin pelik tambahan pula harga bagi sesetengan aksesori tersebut juga dilihat seolah tidak masuk akal.

Walaupun dilihat seperti tidak masuk akal, namun tetap ada golongan yang sentiasa ingin tampil ‘up to date’ dan sering menjadi ikutan ramai terutamanya golongan remaja.

Buktinya, baru-baru ini tular di Twitter apabila sebuah laman sesawang telah berkongsi beberapa gambar fesyen rekaan terkini gelang dan cincin yang kini ‘trending’ dalam kalangan remaja hari ini yang telah dibuka untuk jualan.

Apa yang menarik perhatian warganet sehingga ia menjadi topik perbualan hebat, gelang dan cincin yang dijual Syarikat berjenama antarabangsa, AMBUSH itu saling tak tumpah berbentuk ala-ala ‘cable tie’ yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai hardware seperti ECO Shop dan Mr. DIY.

Lebih mengejutkan, cincin dan gelang tersebut juga tidak murah! Ia dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu lebih RM2,000 untuk seunit.

Dijual pada harga USD588 (kira-kira RM2,381) untuk gelang dan USD390 (kira-kira RM1,579) untuk cincin.

 

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan cincin dan gelang berkenaan yang dikatakan fesyen terbaharu masa kini dan kenapa ia sangat mahal?

Meskipun harganya tidak masuk akal, cincin berkonsepkan ala cable tie itu telahpun habis terjual secara atas talian di laman Farfetch.

Iklan

Nak kata apa lagi? Korang je cakap harga tak masuk akal tetapi ‘cable tie’ ni laku keras tau!

Susulan tularnya posting itu, rata-rata warganet menyurakan pandangan masing-masing terhadap  harga gelang dan cincin itu kerana tidak berbaloi dengan fesyennya yang dilihat sangat simple.

Gelang dan cincin ala-ala ‘cable tie’ laku keras, warganet persoal kenapa harga tak masuk akal!

Iklan

Meterial yang digunakan juga dilihat seolah plastik biasa cuma ia didatangkan dalam pelbagai warna.

Ada juga dalam kalangan warganet yang berpendapat tak pelu berhabis ribuan ringgit, pergi sahaja ke pasar raya Mydin dan ia boleh didapat dengan percuma!

Namun, itu adalah pendapat dan fahaman masing-masing. Korang pula macam mana?