Gerhana matahari dan bulan keajaiban alam yang menakjubkan. 10 Fakta mengenainya ini wajib diketahui
SIAPA sahaja pasti tertarik dengan fenomena gerhana? Keajaiban alam yang sangat menarik. Tahukah korang ada beberapa fakta menakjubkan mengenai gerhana?
Gerhana adalah peristiwa yang terjadi di mana planet lain seperti bulan atau matahari atau bintang lain menyekat atau mengaburkan cahaya dari yang lain.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari dan bayangnya terkena pada permukaan bumi. Keadaan ini menyebabkan terjadinya gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada ketika itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Gerhana adalah peristiwa yang sangat luar biasa yang membuatkan kita memikirkan keunikannya. Oleh itu, Sinarplus akan merungkaikan pelbagai pertannyaan yang bermain di dalam pemikiran korang. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai gerhana.
Baca juga: Fenomena Super Blood Moon pada 26 Mei ini, bulan penuh serentak dengan gerhana bulan
1. Gerhana pada zaman purba
Semua orang mengetahui tentang gerhana sejak zaman dahulu lagi. Namun, mereka tidak mengetahui sebab di sebalik gerhana matahari. Orang -orang kuno beranggapan bahawa Tuhan mereka ketika itu mungkin marah dan sesuatu yang buruk akan berlaku. Oleh itu, mereka akan mula berdoa.
2. Melihat gerhana atau tidak
Biasanya, korang tidak boleh melihat cahaya daripada gerhana matahari secara langsung dengan mata kasar. Cahaya matahari yang terlampau terang boleh merosakkan mata secara kekal. Dan, korang mungkin fikir bahawa korang boleh melihat matahari ketika gerhana matahari kerana matahari sedikit redup pada waktu itu.
Sebenarnya, tidak! Jangan sesekali memandang terus ke matahari dengan mata kasar sama ada ketika gerhana matahari atau tidak. Melihat matahari semasa gerhana boleh merosakkan retina secara kekal. Retina mata kita tidak mempunyai reseptor kesakitan, jadi korang tidak akan rasa sakit walaupun hakikatnya bahagian itu semakin merosot dan akhirnya buta. Oleh kerana itu, gunakan kaca mata gerhana atau penapis cahaya matahari untuk melihat gerhana matahari secara langsung.
3. Gerhana dan kepanjangan hari
Sejak dari zaman purba lagi, gerhana telah berlaku. Kini, hasil pengumpulan maklumat daripada catatan kuno, para saintis mengetahui bahawa tempoh sehari telah meningkat sekitar 0.047 saat ketika adanya gerhana.
4. Gerhana bulan
Gerhana bulan tidak begitu sukar untuk dilihat. Kerana ia dapat dilihat dari mana-mana lokasi sahaja di dunia kerana langit akan menjadi cerah.
Namun dari beberapa tempat, keseluruhan gerhana mungkin tidak kelihatan. Sekiranya berlaku keadaan demikian, korang mungkin dapat melihat sebahagian gerhana sahaja. Satu lagi perkara menarik mengenai gerhana bulan ialah korang boleh melihat gerhana bulan dengan mata kasar dan ia tidak membahayakan retina mata.
5. Kekerapan gerhana bulan
Gerhana bulan berlaku setiap tahun. Sebenarnya, korang dapat melihat sekurang-kurangnya dua gerhana bulan setiap tahun. Namun, ada beberapa tahun gerhana bulan terjadi sehingga lima kali.
Bagi gerhana bulan atau super blood moon, korang mungkin harus menunggu kira-kira dua setengah tahun untuk melihat fenomena yang sama untuk berulang.
6. Warna bulan
Sekiranya korang telah melihat gerhana bulan, korang akan ternampak bahawa warna bulan boleh berubah menjadi merah atau jingga. Tetapi mengapa? Ini sebenarnya disebabkan oleh atmosfera bumi.
Ketika gerhana bulan penuh berlaku, bumi menyekat matahari daripada bulan. Oleh itu, semua cahaya matahari melalui atmosfera bumi ke bulan.
Selain itu, seperti yang korang tahu bahawa semua warna tidak mempunyai panjang gelombang yang sama dan dengan itu ia juga tersebar di atmosfera. Hanya warna yang mempunyai gelombang yang lebih panjang iaitu oren atau merah yang dapat melewati atmosfera bumi dan mencapai permukaan bulan. Itulah sebab itulah bulan kelihatan kemerah-merahan semasa gerhana bulan.
7. Haiwan ketika gerhana penuh
Gerhana penuh adalah fenomena yang jarang berlaku. Selama ini, siang akan berubah menjadi hampir gelap seperti malam. Itulah sebabnya banyak haiwan tidak dapat membezakannya. Mungkin Mereka fikir suasana gelap petanda hari sudah malam.
Contohnya, labah-labah akan mula membuat jaringnya, kelawar mulai keluar dari gua, zirafah mula berlari, burung berkicau dan banyak lagi. Selain itu, ketika gerhana matahari berakhir dan matahari kembali bersinar, ayam jantan akan berkokok kerana menganggap ia adalah matahari terbit waktu pagi.
8. Jumlah gerhana pada masa hadapan
Gerhana matahari penuh berlaku kerana kedudukan tertentu dan ukuran bulan, matahari, dan bumi. Untuk pengetahuan korang, matahari 400 kali lebih luas berbanding dengan bulan. Walau bagaimanapun, bulan juga 400 kali lebih dekat dengan bumi berbanding matahari. Itulah antara penyebabnya berlakunya gerhana matahari penuh.
9. Path of totality
Ukuran bulan tidak dapat menutupi seluruh bumi dengan bayangannya semasa gerhana matahari penuh. Ia dapat hanya dapat merangkumi sebahagian bumi dan dikenali sebagai ‘path of totality’.
Lebar ‘path of totality’ ketika gerhana boleh mencapai 167 batu atau 26,876 km manakala bayangan bulan pada masa itu dapat bergerak dengan kelajuan 1.1km/jam hingga 5km/jam bergantung pada lokasinya.
10. Semasa dan selepas gerhana penuh
Apabila gerhana matahari penuh berlaku, persekitaran di ‘path of totality’ akan berubah secara mendadak. Suhu kawasan itu akan menurun dan menjadi gelap kerana tidak ada cahaya matahari.
Seperti yang korang tahu bahawa gerhana matahari secara keseluruhan berlangsung hingga tujuh minit dan 31 saat. Namun, walaupun selepas tempoh tersebut, siang hari tidak akan ‘pulih’ sepenuhnya dengan serta-merta. Kira-kira satu jam kemudian barulah cahaya matahari penuh muncul semula.
Gerhana adalah satu fenomena alam ciptaan Allah yang penuh keajaiban. Pastinya kita ingin menyaksikan sendiri gerhana sama ada gerhana bulan atau gerhana matahari sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang hayat kita.
Ahli astronomi boleh meramalkan gerhana masa depan dengan tepat. Mereka juga dapat mengetahui dari mana gerhana akan kelihatan, laluan gerhana, jangka masa gerhana, dan banyak lagi. Korang boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai gerhana dari laman ramalan gerhana oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).
Sumber: Tecp5
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang