PADA bulan ini, kita akan berpeluang melihat satu lagi fenomena ‘supermoon’ untuk tahun 2021 yang dijangka berlaku pada 26 Mei 2021 ini. Bukan sahaja menjadi ‘supermoon’ terbesar dan paling terang untuk tahun ini, namun akan terjadinya fenomena gerhana bulan penuh.

Tidak seperti ‘Super Pink Moon’ yang berwarna merah jambu, ‘Super Blood Moon’ pula berwarna merah. Fenomena ini amat menakjubkan.

Sekiranya korang mengikuti laporan astronomi sepanjang tahun, korang akan biasa dengan konsep nama-nama fenomena bulan penuh seperti Old Farmer’s Almanac yang kebiasaannya diberi berdasarkan tradisi penduduk asli Amerika atau kolonial. Untuk fenomena bulan penuh Mei ini, ia dipanggil ‘Flower Moon’ kerana kebanyakan bunga akan mekar pada bulan Mei.

Namun, nama fenomena alam ini agak berbeza untuk 2021. Ia dinamakan ‘Super Blood Moon’. Ini kerana bulan penuh yang terjadi pada bulan Mei berlaku sekali dengan gerhana bulan. Ketika bulan melalui bayangan bumi, ia akan berubah menjadi warna karat seperti darah dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.

 

Fenomena Super Blood Moon pada 26 Mei ini, bulan penuh serentak dengan gerhana bulan

Baca juga: Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

 

Warna kemerahan itu akan dapat dilihat dari Lingkaran Pasifik atau pantai barat Amerika Utara termasuk Alaska dan Hawaii, pantai timur Asia, separuh timur Australia dan seluruh New Zealand.

Manakala di tempat lain, korang mungkin hanya boleh melihat sedikit warna merah sahaja.

Sekiranya korang tidak berada di tempat gerhana bulan berlaku yang disebutkan di atas, jangan bersedih. Korang boleh menikmati ‘Super Flower Moon’ pada petang 25 Mei 2021 sehingga pagi 26 Mei 2021 nanti.

Tidak hanya itu, korang boleh melihat fenomena gerhana bulan ini yang kebiasaannya disiarkan secara langsung oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA).

 

Iklan

Fenomena Super Blood Moon pada 26 Mei ini, bulan penuh serentak dengan gerhana bulan

Baca juga: Mark Zuckerberg kurang ‘disenangi’ penduduk Hawaii, ini puncanya

 

Istilah “supermoon” berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, itu titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.

Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada kebiasaan.

Iklan

Jangan lepaskan peluang melihat fenomena ini. Sekiranya korang terlepas umtuk melihat ‘Super Blood Moon’ pada Mei ini, kemunculan ‘supermoon’ yang seterusnya dijangka pada 24 Jun 2021 nanti.

 

Sumber: Timeanddate.com