[VIDEO] Lagi kekejaman pada si meow... kali ini kucing sengaja digilis dengan tayar

A
A
A

SETELAH kejadian tiga ekor kucing dibunuh kejam dengan seorang lelaki memasukkan ia ke dalam mesin dobi dalam kejadian di Kepong, ibu negara kira-kira dua bulan lalu, kemudian tragedi 'anak bulus' dibakar yang tular. Kali ini lagi kejadian kejam pada makhluk berkenaan.

Si meow yang hanya sedang berehat menemui ajal setelah pemilik sebuah kereta didakwa dengan sengaja menggilis kucing berkenaan dengan tayar kereta dinaikinya.

Dalam video dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association atau Animal Malaysia yang tidak sampai seminit itu, pemandu kereta terbabit dilihat seakan 'sudah bersedia' untuk melakukan perbuatan kejamnnya itu dari jarak beberapa meter.

Dalam masa sama, kucing terbabit yang sedang berada setempat di tengah laluan sebuah bangunan tidak semena-mena digilis oleh kenderaan tersebut yang dipandu dengan agak laju.

Bayangkanlah bagaimana keperitan si kucing itu akibat perbuatan berkenaan. Dalam video jelas menunjukkan terloncat kesakitan haiwan itu dibuatnya. Kejamnya manusia!

Walaupun dilihat barangkali pemandu masih boleh mengelak atau memperlahankan keretanya, tetapi nampaknya ia tidak berusaha untuk berbuat demikian.

"KUCING SEDANG BEREHAT MATI SENGAJA DILANGGAR - PEMILIK KERETA DIMINTA TAMPIL

Satu insiden kejam melanggar kucing sedang berehat hingga mati telah berlaku pada 23 Julai 2020 lepas. Pemandu kereta dikenal pasti seorang lelaki...

Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta Flat Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 12.50 tengah hari dirakam CCTV Tempat Letak Kereta Badan Pengurusan Razak Mansion.

Saksi menghubungi Animal Malaysia untuk memaklumkan kejadian untuk disampaikan kepada pihak berkuasa.

Mana-mana saksi lain yang tahu lebih lanjut perbuatan ganas dan kejam ini diminta hubungi Animal Malaysia +601120901097.

Bersama banteras kezaliman haiwan!," kongsi Animal Malaysia di posting Facebook rasminya beberapa jam lalu.

Komen warganet yang mengutuk kekejaman berkenaan dan berharap pelaku segera dikenakan tindakan.

Apa nak jadi dengan orang kita ni?

Doa SinarPlus moga pelaku segera didakwa dan hukuman setimpal dikenakan untuk menjadi pengajaran pada yang lain.

Menjadi-jadi nampaknya sikap kebinatangan dalam kalangan masyarakat sekarang ini! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca