Golongan B40 bakal nikmati Pakej 5G Rahmah, harga telefon pintar serendah RM120 sebulan

RAKYAT Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G Rahmah iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar pada kadar yang berbaloi.

Istimewa buat golongan B40, sebanyak 100,000 ditawarkan pakej tersebut pada harga RM120.

Bagaimanapun, bagi seluruh rakyat, sempena Bulan Kebangsaan ini pakej yang sama turut ditawarkan pada harga serendah RM240.

Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan adalah melibatkan telefon jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.

Pakej berkenaan turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berikut info menarik berkaitan;

1. Buat golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon pintar serendah RM120.

2. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

3. Pakej tersebut turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini.

Baca juga Wah, ibu bapa B40, M40 boleh dapat subsidi car seat untuk anak! 10 info syarat, cara mohon

 

Sementara itu buat penjawat awam, Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.

Ia terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada yang mana penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.

Pakej ini juga akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.

Baca juga Kronologi kejadian pensyarah perlekeh pelajar B40 tidak miliki laptop, Naib Canselor kongsi cerita sebenar

Iklan

Menurut beliau, kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah;

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di;

Iklan

Facebook : Kementerian Komunikasi dan Digital dan Twitter : Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!