LUMRAH! Bekerja dalam suasana yang selesa dan persekitaran yang menyenangkan sudah tentu menjadi impian setiap orang.

Ini kerana banyak masa-masa seharian kita sebenarnya dihabiskan di pejabat. Betul tak?

Oleh sebab itu, ramai yang menyimpan impian untuk bekerja di syarikat terkemuka dunia seperti Google kerana persekitaran tempat kerjanya yang dilihat cukup menarik dan cosy.

Google tawar 100,000 biasiswa untuk anak muda rebut

Kalau korang tengok pejabat Google di luar negara, perghh bestnya… suasana tempat kerjanya buat rasa kurang stres.

Jadi, buat korang yang memasang impian untuk kerja bersama Google ini ada berita baik.

Terbaharu, Google telah mengumumkan menawarkan 100,000 biasiswa program persijilan jangka pendek secara online dalam bidang analisis data, pengurusan projek dan reka bentuk pengalaman pengguna.

Iklan

Dengan sijil berkenaan, Google akan menganggap ia setaraf dengan ijazah pengajian tinggi dan layak untuk mengisi beberapa jawatan berkaitan di syarikat tersebut.

So ini la peluangnya guys untuk korang rebut tawaran keemasan ini. Jangan tunggu lagi, boleh mohon jika korang rasa bersesuaian.

Iklan

Sumber : CNBC