Guna Tik Tok jual barang

Tik Tok
Tik Tok
A
A
A

BAGI Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19, korang boleh cuba memanfaatkan kuasa aplikasi video pendek, Tik Tok, untuk mengembangkan jenama sebagai langkah mempromosi.

Kenapa tidak? Ya.. bila sebut sahaja cara marketing dengan menggunakan platform Tik Tok, tak lain tak bukan adalah disebabkan kita nak tarik lebih banyak attention dengan mudah hanya melalui penghasilan video pendek. Sama juga seperti YouTube, Facebook dan pelbagai lagi.

Terkini, aplikasi itu yang dimiliki oleh syarikat teknologi Internet berpangkalan di Beijing, ByteDance, melancarkan penyelesaian pengiklanan baharu bagi memperkasakan PKS dan syarikat bersaiz sederhana tempatan untuk mencapai khalayak pembeli baharu dan mengoptimumkan kempen pemasaran mereka dengan platform yang mudah digunakan.

Tik Tok juga memperkenalkan program kredit pengiklanan ‘Back-to-Business’ yang termasuk kredit iklan US$100 juta bagi perniagaan kecil di seluruh dunia untuk menggunakan platformnya bagi membina semula perniagaan.

“Ketika penyelesaian pemasaran kami berkembang, kami terus membangun bagi masa depan dan menyasar memenuhi keperluan rakan niaga kami yang semakin meningkat,” kata Ketua Pemasaran Perniagaan Asia Tenggaranya, Chew Wee Ng, dalam satu kenyataan.

Antara produk yang diketengahkan adalah instrumen kreatif, bajet fleksibel, sasaran prestasi dan akaun perniagaan.

Inilah masanya korang perlu rebut peluang apa sahaja yang ada di depan mata. Zaman sekarang, kalau kita berlengah dan hanya mencari 1001 alasan kita pasti akan ketinggalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca