Guru hidap sakit jantung, hipertensi dan kencing manis terima vaksin fasa pertama
SEPERTI semua sedia maklum, baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa guru berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan Covid-19.
Menurutnya, Mereka adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama-sama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin.
Katanya, permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.
Sehubungan itu, hari ini Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan seramai 55,539 guru yang berisiko tinggi terhadap Covid-19 akan menerima vaksin tersebut.
Katanya, ia sebagai usaha proaktif Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan keselamatan semua pelajar dan guru menjelang pembukaan semula sekolah pada 1 Mac depan.
Jelas beliau, pemilihan senarai awal lebih 55,000 guru itu dibuat berdasarkan rekod peribadi guru-guru paling berisiko termasuk yang mempunyai masalah sakit jantung, hipertensi dan kencing manis.
Dr Radzi berkata demikian kepada media selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 Pfizer BioNtech di Pusat Kesihatan Daerah Persint 11 di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyenaraikan guru-guru dalam senarai awal penerima vaksin.
Baca juga Jururawat suntik PM vaksin Covid-19 kongsi pengalaman
Terdahulu, Khairy turut memaklumkan kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini.
Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang