Berbuka tanpa membazir, Hotel Tenera perkenal bufet Ramadan bertemakan serantau desa, cita rasa mendunia dengan konsep ESG
KEHADIRAN Ramadan bukan sekadar soal menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjadi bulan mendidik jiwa untuk lebih bersederhana, bersyukur dan bertanggungjawab.
Menyedari hakikat itu, Hotel Tenera & Suites tampil dengan kelainan tahun ini melalui penganjuran bufet Ramadan yang mengangkat konsep Environmental, Social and Governance (ESG).
Pendekatan tersebut bukan sahaja menekankan kelestarian alam sekitar, malah mendidik tetamu agar lebih peka terhadap amalan pengambilan makanan secara bertanggungjawab.
Bertemakan Serantau Desa, Cita Rasa Mendunia, bufet Ramadan Hotel berkenaan membawa tetamu mengembara rasa ke tiga negara serumpun, Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Menariknya, setiap hidangan disediakan mengikut prinsip sifar pembaziran, dengan kawalan penyediaan makanan secara berperingkat, pengurusan sisa yang sistematik, serta penggunaan bahan mesra alam.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera & Suites, Fadzly Hamzah, Ramadan bukan sekadar bulan menikmati juadah berbuka, tetapi juga bulan mendidik jiwa tentang kesederhanaan, rasa syukur dan tanggungjawab.
“Apabila kami membuat penyediaan makanan secara terkawal, ia membantu mengurangkan lebihan makanan yang tidak habis dan mengelakkan pembaziran yang sering berlaku sepanjang Ramadan.
"Kaedah ini juga bukti bahawa pihak hotel amat menitikberatkan soal menjaga alam sekitar,” jelas beliau.
Selain itu, pengurangan sisa makanan dan penggunaan bahan mesra alam turut membantu mengurangkan pelepasan karbon dan bebanan tapak pelupusan sampah, sekali gus menyokong kelestarian jangka panjang.
Sokongan Selebriti Popular
Usaha murni ini turut mendapat perhatian ramai selebriti tanah air. Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani, Adam AF dan beberapa artis lain hadir untuk meraikan bufet Ramadan sambil menyokong pendekatan ESG yang diperkenalkan.

Menurut Baby Shima, pendekatan ini wajar dicontohi.
“Dalam bulan Ramadan, kita memang kena lebih sedar tentang pembaziran makanan.
"Bila hotel sendiri ambil langkah untuk kawal dan didik pelanggan, itu sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi.”
Sementara itu, Datin Alyah pula menyifatkan pelaksanaan ESG sebagai langkah progresif dalam industri perhotelan.
“Kesedaran tentang kelestarian alam perlu bermula dari semua pihak. Apa yang dilakukan
"Hotel Tenera bukan sahaja baik untuk alam sekitar, tetapi juga mendidik masyarakat supaya lebih berhemah ketika berbuka puasa," ungkap beliau lagi.
Serantau Desa, Cita Rasa Mendunia
Tahun ini juga, bufet Ramadan menampilkan hidangan yang bukan sahaja memikat selera tetapi juga membawa pengalaman budaya Nusantara kepada tetamu.

Antara juadah istimewa yang menanti pengunjung adalah Dalca lutut K
kambing, gulai jawah Raja Berangkat, lidah bakar, sup gear box, gulai Padang
urat kering, pecel sayur, serta hidangan popular dari Thailand dan Indonesia seperti Nasi Khao Mok kambing panggang, pulut mangga, som tam merah, som tam, ayam pop, dan rendang Riau.
Menurut Ketua Cef Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul, gabungan menu dari tiga negara serumpun ini bukan sahaja kaya dengan rempah dan aroma, tetapi turut mengekalkan identiti autentik setiap negara.
“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian rempah dan kuah berempah.
"Thailand menitikberatkan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis.
Sementara Indonesia kaya dengan teknik masakan berempah yang lebih pekat dan berani. Konsep tersebut membolehkan tetamu ‘mengembara rasa’ ke tiga negara dalam satu malam berbuka puasa,” katanya.

Konsep Serantau Desa, Cita Rasa Mendunia itu juga melengkapkan pendekatan ESG yang dibawa Hotel Tenera, yang mana hidangan disediakan secara terkawal bagi mengelakkan pembaziran, sambil tetap menawarkan variasi menu yang memikat selera.
Dengan penggabungan kelestarian, kepelbagaian budaya, dan kesedaran sosial, bufet Ramadan Hotel Tenera & Suitesdi hotel ini bukan sahaja meraikan kemeriahan berbuka puasa, tetapi turut mendidik tetamu agar lebih bertanggungjawab dan menghargai nikmat makanan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
