GURU wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).

Baca juga: Kronologi hubungan istimewa guru wanita & remaja, ibu dakwa temui kesan merah pada leher. 15 tip bertindak elak kes sama berulang

“Ketika ini kami (KPM) mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM,” katanya.

Baca juga: Pedofilia: Ibu bapa pantaulah anak kecil yang berTikTok

Baca juga: Kanak-kanak lebih mudah dipergunakan dan dieksploitasi dalam talian. Ibu bapa perlu main peranan

Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.

Iklan

Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Sumber: Bernama

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!