ORANG ramai khususnya pembaca Sinar Harian dan pelanggan produk NIMS ADELICIOUSZ dialu-alukan menyertai Peraduan PKPNimsXSinar yang akan berakhir 14 April depan.

Pengasas NIMS ADELICIOUSZ Sdn Bhd, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, walaupun peraduan itu berbaki tidak sampai dua bulan, namun orang ramai masih boleh merebut hadiah wang tunai lumayan.

“Mudah sangat nak menang kerana kita tawarkan enam kategori yang mana setiap kategori menyediakan hadiah wang tunai sehingga RM1,000 untuk tempat pertama.

“Rugilah bagi mereka yang tak ambil peluang ini, mungkin tuah anda ada di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Tengku Norhanim, bagi mereka yang tidak mengetahui cara untuk menyertai peraduan yang dianjurkan sejak 1 Februari lalu itu, mereka boleh ikuti langkah-langkah penyertaan dalam borang peraduan yang disiarkan di akhbar dan media sosial Sinar Harian serta Nims.hq.

Hadiah wang tunai Peraduan PKPNimsXSinar menanti sehingga April
Tengku Norhanim berharap lebih ramai pembaca Sinar Harian dan penggemar produk NIMS ADELICIOUSZ sertai Peraduan PKPNimsXSinar.

Katanya, setakat ini sambutan yang diterima terhadap peraduan itu sangat menggalakkan.

“Saya harap lebih ramai lagi yang tahu tentang peraduan ini. Bagi mereka yang sudah menyertainya boleh menghebahkannya kepada saudara mara dan rakan-rakan.

“Saya juga berharap hadiah wang tunai berjumlah RM150,550 yang kita tawarkan sepanjang peraduan ini dapat direbut oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Terbaru, NIMS ADELICIOUSZ kini sedang mengadakan promosi pakej kombo bagi produk Crispy Choco Tub Siri Pelangi dengan harga RM45 untuk tiga tub sehingga 30 April depan.

Iklan
Hadiah wang tunai Peraduan PKPNimsXSinar menanti sehingga April
Crispy Choco Tub yang menjadi kegilaan penggemar snek berasaskan coklat dan bijirin.

Promosi itu juga diadakan untuk menggalakkan orang ramai mengumpul Crispy Choco Tub dan menyertai peraduan PKPNimsXSinar.

Iklan

“Lagi banyak anda membeli dan kumpul produk NIMS, makin banyak peluang untuk anda menang.

“Jangan bertangguh lagi kerana anda akan menyesal kemudian hari. Sentiasa ikuti Instgram (IG) Nims.hq dan IG Sinar Harian untuk dapatkan maklumat lanjut,” katanya.