Hanya gunakan 2 bahan sahaja untuk bersih & wangikan microwave

tip
May 4, 2020
Oleh Izyan Liyana

SUDAH bertahun-tahun guna microwave di rumah tapi tak pernah sekali pun terfikir nak cuci.

Microwave sepatutnya perlu dibersihkan supaya ia tak nampak hitam akibat sisa-sisa makanan dan ia juga akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Bagi sesetengah pengguna pula, mungkin tidak pasti bagaimana cara nak bersihkan microwave dengan mudah dan berkesan untuk bersihkan dan wangikan microwave supaya tak rosak dan bau sabun melekat pada microwave itu.

Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Salinda Sopian ini sebagai rujukan.

Bahan-bahan:

- Sebiji lemon

- Semangkuk air

- Kain bersih

Cara-caranya:

1) Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.

 

Iklan

tip

 

2) Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.

tip

Iklan

3) Masukkan dalam microwave.

tip

4) On kan selama 5 minit.

5) Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave).

6) Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak perlu nak sental kerak-kerak dan sisa minyak itu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.

tip

Selepas dibersihkan. Lebih bersih!

Tip tambahan: Nak guna soda bikarbonat pun boleh juga.

Siap! Senang dan cepat kan? Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO/ SUMBER: SALINDA SOPIAN, UNSPLASH