Hanya yang ada kad ID khas boleh beli minyak masak paket? 11 info ibu wajib tahu

SAMA seperti beras, minyak masak juga merupakan antara barang keperluan yang tersenarai sebagai barang subsidi.

Ia boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira status dan kerajaan menanggung keseluruhan kos tersebut bagi mengurangkan beban rakyat.

Namun, akibat daripada beberapa isu yang timbul antaranya pembelian minyak masak paket oleh golongan yang tidak sepatutnya, kerajaan bakal memperkenalkan inisiatif khas khusus bagi menangani isu ini.

Bakal wujudkan kad ID khas buat golongan yang layak

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh, berikut perinciaannya;

1. Kerajaan telah menetapkan hanya golongan yang mempunyai pengenalan diri (ID) khas dan disahkan layak boleh membeli minyak masak paket bersubsidi.

2. Inisiatif yang akan bermula pada tahun hadapan ini adalah sebagai langkah bagi memastikan subsidi dapat dinikmati oleh golongan yang sepatutnya dan tidak berlaku penjualan kepada golongan yang tidak layak antaranya seperti warga asing.

3. Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta paket minyak masak bersubsidi setiap bulan, akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis.

Baca juga Ibu wajib tahu, ini harga maksimum minyak masak 1kg, 2kg, 3kg, 5kg terkini

Kredit foto: Freepik

4. Sekarang ini minyak masak paket berada di pasaran terbuka. KPDN mahu sasarkan kepada yang memerlukan, supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.

5. Justeru, hanya individu atau kumpulan yang mempunyai ID khas dan layak sahaja dibenarkan untuk membeli minyak masak paket bersubsidi.

6. Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan kad pengenalan (IC) atau MySejahtera. Ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.

7. Selain itu golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak paket. Maka perlu kepada ID yang berbeza.

8. Sekiranya pembelian minyak masak dihadkan kepada tiga atau lima kilogram, peniaga akan berhadapan dengan masalah.

Baca juga Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

Iklan
Kredit foto: Bernama

9. Malah, penggunaan ID yang berbeza ini dapat membantu menghalang golongan yang tidak sepatutnya daripada menikmati produk subsidi.

10. Menerusi satu kemas kini pada jam 1.00 tengahari (2 Oktober), Fuziah memaklumkan kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan MyKad sekiranya ia dapat memudahkan urusan orang ramai.

11. Berkenaan dengan peniaga mikro perlu dibincangkan lagi kerana mereka tak semua berdaftar.

Bagi memastikan inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan baik, kerajaan telah mengenal pasti kumpulan sasar yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah golongan M40 dan B40.

Kementerian akan turut menambah kira-kira sejuta pengguna dalam kalangan usahawan mikro yang memerlukan minyak masak paket seperti peniaga ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor.

Iklan

Jelasnya, KPDN turut mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi mengemaskini dan membersihkan semua data.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!