IBU-IBU adalah golongan yang wajib mengambil tahu hal perbelanjaan barangan rumah. Biasanya memang ibu uruskan apa yang melibatkan kewangan.

Seperti sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022 yang lalu.

Tindakan itu adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar didapati di kedai-kedai.

Rata-rata orang ramai mengeluh dengan harga terkini yang menjangkau harga RM40-RM50 berbanding RM30 sebelum ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan telah menyatakan harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.

Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya.

Bagaimanapun, Annuar berkata, harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.

Baca juga  Nasi dipanaskan semula risiko keracunan, ibu wajib tahu ni, doktor kongsi cara simpan

Ibu wajib tahu, ini harga maksimum minyak masak 1kg, 2kg, 3kg, 5kg terkini

Sementara itu, ujarnya lanjut, dengan pengumuman itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah berikutnya untuk mewartakan harga berkenaan.

Katanya, kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.

Tegasnya, bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada.

Harga maksimum minyak masak botol (Ogos 2022)

  • Untuk bulan ini, minyak masak botol 5kg ditetapkan pada harga RM34.70, berkuatkuasa 8 Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja).
  • Manakala harga yang sama turut ditetapkan bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

Jadual harga maksimum bagi minyak botol 1 kg hingga 3 kg adalah ditetapkan oleh KPDNHEP seperti berikut;

HARGA SILING RUNCIT MINYAK MASAK TULEN KEMASAN BOTOL SELURUH MALAYSIA (8 OGOS – 7 SEPTEMBER 2022)

Iklan
  • 1kg – RM7.70
  • 2kg – RM14.70
  • 3kg – RM21.70
  • 5kg – RM34.70

Baca juga Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

Harga maksimum minyak masak bersubsidi (polibeg);

Untuk makluman, harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.

Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!

Iklan

Orang ramai boleh laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1kg melebihi harga kawalan tersebut.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.