Oleh: Nilam Nur Atikah Oshman, Azma ML

RASUAH, tingkah laku yang menyalahi undang-undang ibarat membunuh dalam diam. Ia adalah jenayah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Tidak terhad kepada wang, sogokan terdiri daripada hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun diskaun.

Program Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 selama dua hari pada 13 dan 14 Disember berlangsung di Kompleks Karangkraf, Seksyan 15, Shah Alam adalah yang julung kali diadakan.

Penjara Sungai Buloh antara pempamer yang menjadi perhatian para pengunjung

Dengan membawa tema ‘Jaringan Anti-Rasuah Pulih Imej Negara’, program ini mengangkat nilai integriti dan ketelusan dalam memerangi rasuah.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, program HARA Rasuah Busters 2023 hari ini dimulakan dengan persembahan bertema patriotik bersama 200 murid daripada lima tadika dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan

“Bagi memberi pendedahan mengenai betapa buruknya perbuatan rasuah perlu dilakukan dari usia muda anak-anak maka kita menjemput mereka lingkungan umur empat hingga enam tahun.

Baca juga: Rasuah burukkan imej negara. HARA Rasuah Busters 2023 beri pendidikan antirasuah kepada masyarakat

“Program berkenaan juga menyediakan pameran daripada Jabatan Penjara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mempamerkan lukisan doodle yang membawa mesej untuk memupuk perasaan muhibah dan benci rasuah.

“Insya-ALLAH apa yang kita buat ini untuk menyampaikan pesanan bahawa kegiatan tersebut adalah salah kepada masyarakat termasuk kanak-kanak,” katanya kepada SinarPlus.

Iklan

Tambah Wan Normi, pelbagai program menarik turut diadakan pada hari terakhir ini iaitu SME Integrity Talk bertajuk ‘Bisnes Berjaya, Bersih, Berkat’ daripada agensi korporat Malaysia dan Singapura.

200 murid daripada lima tadika dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengambil bahagian dalam Pentas Ceria Cilik Genius

“Selain itu, apresiasi puisi anti rasuah daripada Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia, akan melakukan lapan persembahan membabitkan 20 peserta dan sebelah malam pula, program Kompas Khas #Rasuahbusters bertajuk ‘Sudah-sudahlah Rasuah’.

“Antara panel yang terlibat ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Ustaz Fazrul Ismail,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!