Rasuah burukkan imej negara. HARA Rasuah Busters 2023 beri pendidikan antirasuah kepada masyarakat

A
A
A

UMUM sedia maklum penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu dianggap rasuah.

Ia lazimnya diberi dalam bentuk wang, hadiah, bonus, jawatan atau diskaun.

Perbuatan rasuah dianggap jenayah dan perlakuan tersebut secara berleluasa boleh merosakkan imej negara di mata dunia.

Bertitik tolak daripada itu, Gerakan Rasuah Buskers telah menganjurkan pelbagai program bagi mengajak rakyat negara ini bangkit memerangi rasuah.

Terbaharu, Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam bermula semalam.

Program selama dua hari itu merupakan salah satu inisiatif untuk memberi pendidikan antirasuah kepada masyarakat.

 

Penganjuran hari pertama diisi dengan program bual bicara dan pameran yang disertai daripada beberapa agensi.

Baca juga: Dondang Sayang Hibrid ajak orang ramai perangi rasuah

Antara yang berjaya mencuri tumpuan adalah reurai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memberi peluang kepada pengunjung menjalani ujian psikologi.

Pameran tali gantung dan rotan yang digunakan untuk menghukum pesalah jenayah kolar putih oleh Jabatan Penjara juga mendapat perhatian ramai.

Baca juga: Ekspresi seni benci rasuah, pelukis ini hasilkan 3 visual sindiran sebagai peringatan pemimpin korup   

ILTIZAM MENENTANG RASUAH

Sementara itu, program bual bicara pada hari pertama itu dimulakan dengan Wacana berbahasa Inggeris bertajuk Corruption Free Generation: Value vs Laws.

Baca juga: Prihatin ringankan beban mangsa gempa bumi Turkiye, Syria, hulurkan bantuan Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare

Ia disusuli dengan acara perasmian oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Beliau menerusi ucapannya berkata, rakyat di negara ini perlu menambah iltizam menentang rasuah.

“Saya mahu mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mengambil peranan masing-masing untuk mengembalikan nilai moral karakter bangsa yang berpegang teguh dengan nilai murni yang diajarkan oleh agama kita.

“Setiap orang yang percayakan Tuhan dan gunakan itu sebagai benteng menetang rasuah,” katanya.

Tambah beliau, tekad yang ditunjukkan itu dapat mengubah dan menyelamatkan imej negara menjadi sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Baca juga: Lautan pengunjung membanjiri Dataran Karangkraf

Pada petangnya pula program berkenaan disambung dengan program 'Bicara Bina Negara: Sudah Hilangkah Maruah?'

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof.

Berkesinambungan daripada segmen bual bicara, Program Wacana Rasuah Buskers yang membincangkan topik Negara Hilang Maruah diadakan pada malamnya.

Hari kedua HARA pada hari ini pula diteruskan dengan program SME Integrity Talk, Apresiasi Puisi Anti Rasuah, Kompas Khas #RasuahBusters dan persembahan oleh kanak-kanak tadika.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca