Hati-hati, individu ingkar SOP Covid-19 berdepan denda RM10,000 mulai hari ini
MULAI hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang.
Namun, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, jumlah sebenar kompaun yang akan dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.
Tambah beliau, kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Ia susulan Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai hari ini.
Menurutnya, pindaan demikian dibuat bertujuan mengingatkan orang ramai.
Perang ke atas Covid-19 di negara kita belum berakhir.
Individu dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada PKD untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.
Kompaun maksimum RM10,000 itu hanya dikenakan kepada kesalahan berulang seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman serta bersesak dalam premis tanpa kawalan dan juga aktiviti hiburan tanpa lesen.
Pesalah berulang akan dikesan melalui sistem yang dibangunkan.
Baca juga Tolong daftarkan mak ayah untuk terima Vaksin Covid-19, caranya cukup mudah!
Justeru, korang teruskan mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan didenda sedemikian dan putuskan rantaian Covid-19 di negara kita.
RM10,000 macam-macam boleh digunakan untuk membuat benda lain tau!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang