TERDAHULU pendaftaran tanggungan (dependant) untuk menerima vaksinasi Covid-19 telah diperkenalkan menerusi aplikasi MySejahtera seperti apa yang telah diumumkan oleh Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, kemudahan itu membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin, kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan.

Namun, selain menggunakan MySejahtera, kita juga boleh membuat pendaftaran serupa melalui pautan di laman sesawang rasmi yang telah diwujudkan khas oleh pihak kementerian bagi memudahkan lagi urusan pendaftaran.

Untuk makluman, fasa kedua program vaksinasi Covid akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi seperti penyidap penyakit obesiti, diabetes dan darah tinggi.

Tolong daftarkan ibu bapa korang supaya mereka dapat keutamaan untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan.

Tolong daftarkan mak ayah untuk terima Vaksin Covid-19, caranya cukup mudah!Ikuti langkah mudah ini untuk pendaftaran. Bertindak sekarang!

Sila pastikan semua maklumat yang diberi adalah lengkap dan tepat untuk kelancaran proses pendaftaran.

Jika orang adalah pengguna MySejahtera, sila buat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi, ini kerana semua maklumat pengguna sudah berada di dalam rekod pangkalan data.

Iklan

Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/

Kemudian masukkan butiran penting seperti :

  • No kad pengenalan.
  • No telefon untuk dihubungi.
  • Email (jika ada).
  • Jawab tiga soalan mudah mengenai rekod kesihatan.
  • Alamat rumah.

Tolong daftarkan mak ayah untuk terima Vaksin Covid-19, caranya cukup mudah!Selepas segala butiran telah dimasukkan orang cuma perlu klik ‘hantar’ dan permohonan akan segera diproses.

Iklan

Tolong daftarkan mak ayah untuk terima Vaksin Covid-19, caranya cukup mudah!Cukup mudah bukan? Jadi, tunggu apa lagi, segera lakukan tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sama-sama membantu pihak kerajaan bagi melandaikan kes jangkitan Covid-19 supaya ia akan lenyap di muka bumi ini satu hari nanti.

Jangan tangguh bertindak sekarang!

Fasa kedua program vaksinasi Covid akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinghi…

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 9 March 2021