Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

gajet covid-19
gajet covid-19
A
A
A

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan kes hampir dua kali ganda.

Kepada anda yang berisiko tinggi, ambil tahu perkembangan ini yang boleh mengakibatkan jangkitan dan berkemungkinan meragut nyawa!

Berikut, 15 info anda perlu tahu:

1-Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, kes Covid-19 di republik itu sedang berada pada permulaan gelombang.

2-Ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.

3-Memetik laporan The Straits Times, kementerian berkenaan menganggarkan jumlah kes Covid-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

4-Tambah kementerian itu, purata kemasukan harian Covid-19 di hospital meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya.

gajet covid-19

5-Purata harian kes unit rawatan rapi (ICU) kekal rendah iaitu tiga kes, berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.

6-Ye Kung menegaskan, jika jumlah kes disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 itu meningkat sekali ganda, Singapura akan mempunyai 500 pesakit dalam sistem penjagaan kesihatannya dan ia masih boleh dikendalikan.

7-Bagaimanapun katanya, jika bilangan kes meningkat dua kali ganda untuk kali kedua,dan ia akan menjadi beban besar kepada sistem kesihatan hospital.

8-Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang di negara jiran itu.

9-Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkadaran gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 pada masa ini menyumbang lebih dua per tiga kes Covid-19 di Singapura.

Long Covid-19

10-Katanya, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1230, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya.

11-Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 14.8 peratus. Bagaimanapun, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024.

12-Mengenai varian yang kini sedang menular, KKM telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024. Kedua-duanya dengan gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.

13-Pihaknya akan terus memantau keadaan dan sistem kesihatan bersedia untuk sebarang lonjakan kes.

14-Orang ramai digalakkan untuk mengambil beberapa langkah pencegahan, antaranya mengekalkan kebersihan diri yang baik.

15-Antaranya, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala.

TANDA-TANDA COVID-19

  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan bertambah teruk
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Bibir atau jari kebiruan
  • Tidak boleh mengambil makanan atau minuman menerusi mulut
  • Batuk, muntah, cirit-birit teruk serta kurang kencing.

Pencegahan Covid-19 terutamanya dengan melindungi golongan berisiko tinggi sangat mustahak mengelakkan kematian!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang