PENULARAN Covid-19 benar-benar memberikan kesan kepada masyarakat kita.

Sejak wabak itu melanda negara kita, ramai rakyat yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan.

Ada yang dikurangkan gaji, dipotong elaun mahupun diberhentikan kerja.

Menyedari kesusahan rakyat dan membantu golongan yang terkesan, kerajaan mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 dan diberikan secara one-off bermula hari ini (26 Oktober 2021).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Katanya, kesemua bantuan berkenaan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia.

"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," ujarnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Hilang pendapatan sepanjang 2021, semakan bantuan BKP boleh dibuat bermula hari ini

Tambahnya, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Dalam pada itu, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai hari ini melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

Perlu diingatkan, permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kriteria kelayakan BKP;

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan

Iklan

ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Baca juga Tular tiada lagi kebenaran membawa pulang air zamzam, ini sebenarnya

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

i. Pengkreditan ke akaun bank

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Semoga bermanfaat!