HILANGKAN batuk bagi sesetengah orang amatlah sukar dan memakan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Setiap kali demam, pasti akan batuk dan selesema. Biasanya bila dah mula batuk, akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.

Bila berpanjangan sehingga berbulan-bulan, memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun terganggu.

Walaupun sudah cuba pelbagai ubat namun tidak juga sembuh dan lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh mencuba perkongsian daripada Asyraf Bakar ini.

Dia berkongsi video di sosial media miliknya satu usaha untuk meredakan batuk dengan hanya membuat urutan tiga titik. Ajaib kan?

Tidak salah ikhtiar dengan cara yang ditunjukkan, urutan pada titik tiga penting di bahagian tangan.

Cara hilangkan batuk dengan urutan tiga titik di tangan;

Titik 1:

Antara jari telunjuk dan jari tengah.

Titik 2:

Hujung jari manis.

Titik 3:

Berdekatan dengan pelipat lengan.

Semua titik tersebut perlu ditekan selama dua hingga tiga minit. Picit pada kedua-dua belah tangan.

Baca juga Wanita maut kerana makan produk suplemen kurus, pakar kongsi kes-kes berbahaya melibatkan makanan tambahan

Hilangkan batuk tanpa ubat, wanita boleh cuba cara urutan 3 titik
Kredit foto: TikTok Asyraf_Bakar

Meninjau ruangan komen, cara yang dikongsi lelaki itu mendapat reaksi positif daripada warga maya. Ujar mereka;

“Terima kasih, sangat membantu isteri saya yang dah seminggu batuk.”

Iklan

“Alhamdulillah, tip ini menjadi atas izin-NYA, terima kasih!”

“Mohon diamalkan ya, memang sekarang ramai tengah batuk dan sakit tekak.”

“Terima kasih info, saya tekan kat situ terus sendawa berpanjangan.”

“Boleh try ni sebab saya jenis tak suka makan ubat… terima kasih berkongsi ilmu semoga dimurahkan rezeki.”

Baca juga Siap sedia Malaysia bakal hadapi ‘musim sejuk’, 10 fakta wanita perlu tahu

Iklan

Kalau rawatan sesuai atau serasi, tidak mustahil batuk yang berbulan-bulan boleh terus reda.

Malah tidak salah kalau hendak mencuba kan? Ikhtiar sembuh batuk tanpa ubat.

Sumber: Asyraf_Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.