Hilangkan kesan hangus pada seterika & bantu masalah pokok ‘sakit’ guna parasetamol je. Begini caranya!

PASTI ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada seterika. Jangan cakap kalian tak pernah ada pengalaman macam tu ya.

Ya lah, jika dibiarkan begitu saja, natijahnya akan beri kesan hangus melekat pada pakaian lain pula.

Jangan terus buang atau beli seterika yang baharu semata-mata masalah kecil itu tau.

Ada banyak cara sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Antaranya adalah menggunakan parasetamol atau lebih mudah kita panggil panadol je.

Tip mudah dan cepat itu bukan sahaja membantu menghilangkan kesan terbakar, malah membuatkan permukaan seterika menjadi bersih, licin dan berkilat.

Berikut kami perkongsian tip tersebut seperti yang dikongsikan oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Achai Wong. Begini caranya:

Baca ni Tip cuci sendiri toto guna dobi layan diri. Kena pandai pilih suhu air, pengering yang sesuai

-Pastikan seterika baju dalam suhu panas dan basahkan terlebih dahulu parasetamol sebelum digosok pada permukaan seterika.

-Gosokkan pada bahagian kesan hitam di permukaan seterika. Pastikan anda menggunakan alat sesuai supaya jari tidak terkena seterika panas.

-Akhir sekali, lap permukaan seterika dan lihat kesan hitam tersebut akan hilang.

Baca ni Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Selain itu, parasetamol juga membantu mengatasi masalah pokok ‘sakit’. Memang rare ni!

Kali ini, jom kita semak cara yang dikongsikan Ismail Che Din:

-Boleh guna parasetamol sebarang jenama terutama yang tamat tempoh. Daripada buang lebih baik tanam pada pokok sakit. Belah dua atau empat bergantung kepada saiz pokok.

-Tanam jauh sikit dari pangkal pokok. Bagi pokok dalam pasuan, 6 hingga 9 inci dari pangkal pokok. Lebih pun tiada masalah sebab sudah di dalam pasu.

Iklan

Baca lagi Rahsia pucuk cili padi naik merimbun dan berbuah lebat, rupanya kena cantas pokok waktu tinggi sejengkal

Info:

– Masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting dan buah selalu busuk itu petanda pokok tengah ‘sakit’.

– Justifikasinya, pokok menyerap bahan daripada parasetamol lalu menyebarkan ke seluruh bahagian pokok.

Iklan

-Daun akan menjadi pahit. Ini menyebabkan ulat dan serangga akan hindari pokok tersebut selama mana parasetamol ada di dalamnya.

-Parasetamol akan terlarut secara perlahan dan diambil pokok secara sikit sikit.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.