Hotel Four Points By Sheraton ditutup, cara ucap selamat tinggal runtun jiwa warganet

A
A
A

PENUTUPAN operasi hotel-hotel terkemuka di negara bukan perkara baharu. 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu pelbagai sektor ekonomi terjejas.

Industri perhotelan salah satu daripadanya yang mengalami kemerosotan jumlah pelanggan sehingga pihak pengurusan hotel terputus punca pendapatan.

Jalan terbaik adalah terpaksa menutup operasi hotel sehingga keadaan kembali pulih daripada pandemik Covid-19.

Impaknya, ribuan terpaksa diberhentikan kerja serta-merta susulan hotel, calet dan pusat penginapan gulung tikar.

Terbaharu, Hotel Four Points By Sheraton di Sandakan, Sabah turut mengambil keputusan yang sama.

Sejak malam tadi dan sehingga kini tular menerusi media sosial simbolik pihak hotel mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai.

Warga hotel mengambil inisiatif mencipta perkataan Thanks All dan Take Care dengan menyalakan lampu di bilik-bilik tertentu sebelum ia gelap sepenuhnya.

hotel

Situasi tersebut meruntun jiwa warga net yang rata-ratanya simpati dengan nasib para pekerja hotel.

Namun begitu, apakan daya selagi virus jahat berkenaan bermaharajalela di negara ini, selagi itu kita perlu menjalani kehidupan dalam keadaan berwaspada.

Sektor ekonomi pula hanya sebahagian sahaja dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 terus berleluasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca