KHAS buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini korang diberi diskaun untuk membuat bayaran balik tersebut.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peminjam yang menyelesaikan bayaran penuh pinjaman akan diberi diskaun sebanyak 15 peratus.

Menurutnya, diskaun 12 peratus pula akan diberikan kepada peminjam yang melunaskan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Beliau berkata ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini, peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual pula akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus.

ptptn

Sedikit info ringkas berkenaan bayaran balik pinjaman PTPTN;

1. Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

2. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.

Iklan

3. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.

4. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.

5. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Iklan

6. Kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN;

  • KAUNTER PTPTN
  • DIRECT DEBIT
  • KAUNTER EJEN (BANK)

Baca juga Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 12 Tahun Pula Akan Diberi Suntikan Covid-19 Pfizer

  • KIOSK PAYQUICK
  • POTONGAN GAJI
  • RAZER CASH DI 7-ELEVEN
  • DIGI KIOSK
  • E-PAY

Tiada lagi alasan untuk tidak membayar pinjaman PTPTN, hutang wajib dibayar ya!