IKAN laga liar yang dahulu dikenali sebagai ornamental fish berpotensi menjadi industri baharu untuk dipromosi sebagai ikan ternakan secara besar-besaran menurut kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Memetik laporan media tempatan, menurut belian, pertandingan ikan laga liar secara dalam talian yang berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dinilai berdasarkan kecantikan dan warna tanpa melagakan ikan, telah meningkatkan nilai ikan laga hingga mencecah ribuan ringgit.

Wow menarik bukan? Saiznya cuma sebesar jari kelingking kanak-kanak, namun nilainya mampu mencecah ribuan ringgit.

“Kita mahu menjadikan industri ikan laga liar bertaraf dunia sekali gus menjadi pengeksport utama selepas ini,” katanya.

Malaysia didakwa mempunyai 40 spesies ikan laga liar dan ada antaranya yang hibrid atau sudah dikacuk.

“Malaysia pada masa ini merupakan pengeluar ikan laga liar paling tinggi di dunia, tetapi Malaysia berada di tangga keempat selepas Singapura, Indonesia dan Thailand sebagai negara pengeksport ikan laga liar,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan Jabatan Perikanan, Persatuan Ikan Laga Liar Malaysia kini mempunyai 15,000 pengikut di media sosial, berbanding hanya 3,000 orang pada tahun lepas.

Iklan

Sedikit info buat korang yang baru berjinak atau berminat untuk memelihara haiwan unik ini. Antaranya adalah seperti berikut :

  • Kalau korang nak tahu ikan laga liar mampu hidup tidak memerlukan oksigen, cukup sekadar dengan menjaga kadar pH air sekitar 6.8 hingga 7.4
  • Ikan laga jantan mempunyai mempunyai ekor yang cantik dan garang, manakala ikan laga betina ekor pendek dan warna kurang menarik.
  • Ikan laga mudah dijaga, berwarna-warni, ekor yang cantik apabila bergerak atau berenang, mempunyai pelbagai spesies dan apa yang penting kos untuk memeliharanya tidak memakan belanja yang besar.
  • Makanan utama ikan laga ialah cacing rambut, plankton dan jentik-jentik.

Bagi peminat tegar ikan laga, walaupun ikan laga liar tidak secantik ikan laga komersial, jangka hayat dan kecergasannya boleh mengalahkan ikan laga yang diternak.