Imbasan suhu badan di premis, sekolah kini dimansuh, ini 7 perkara perlu tahu

Lupa imbas MySejahtera, remaja 17 tahun dikompaun RM10,000
Lupa imbas MySejahtera, remaja 17 tahun dikompaun RM10,000
A
A
A

UMUM maklum sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu, orang ramai perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) bagi membendung jangkitan virus tersebut.

Salah satunya adalah melaksanakan pemeriksaan suhu terutamanya ketika ke pusat membeli-belah, kedai, restoran mahupun lokasi-lokasi lain yang dikunjungi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Perkara tersebut sudah pun menjadi normal baharu masyarakat dalam urusan kehidupan seharian.

Pun begitu, kini kerajaan memutuskan untuk memansuhkan SOP imbasan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di semua premis bermula esok, 11 Februari 2022.

Berikut 7 perkara yang korang perlu tahu dengan pemansuhan SOP imbas suhu ini;

1. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.

2. Bagaimanapun daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera

3. Sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod check in, kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakkannya.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan bahawa imbasan suhu badan juga tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di premis Institusi Pendidikan bawah organisasinya.

5. Walau bagaimanapun, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pelawat tetap diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis insititusi pendidikan di bawah KPM.

Baca juga Mulut berbuih, muka kemerahan selepas ibu sapu minyak angin pada hidung bayinya. Ini yang berlaku selepas itu

6. Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.

7. Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca