SELEPAS kemenangan ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254 Ahad lalu, dalam keadaan penuh emosi, bintang MMA, Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan persaraannya daripada sukan tersebut.

Juara lightweight UFC itu mendedahkan, keputusan sukar itu diambil kerana telah berjanji dengan ibu bahawa pertarungannya dengan Gaethje adalah pertarungan yang terakhir.

Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight itu melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.

Selain itu, Khabib, 32, turut berkata, dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya yang juga merupakan jurulatih peribadi, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisi.

Ayah faktor kejayaan Khabib kekal rekod menang tanpa kalah sebanyak 29 kali

Namun, ada pihak yang beranggapan bahawa keputusan itu dibuat atas emosi semata-mata, kerana pada ketika itu Khabib amat teringatkan ayahnya yang baru sahaja meningga dunia Julai lalu.

Malah, jurulatih Khabib, Javier Mendez turut mengakui tidak mengetahui mahupun dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh Khabib.

Memetik laporan portal media tempatan, terbaharu, Presiden UFC Dana White ketika mengulas mengenai persaraan Khabib pula berkata, dia yakin bahawa bintang dari Rusia itu akan kembali untuk satu lagi perlawanan.

Menurut sumber, Khabib sebelum ini memberitahu, adalah menjadi impian ayahnya untuk dia mencapai rekod 30 kemenangan tanpa kalah (30-0).

“Saya ingin beritahu kamu dan saya belum beritahu sesiapa lagi, tetapi Khabib dan saya ada berbincang.

“Dia sememangnya sangat beremosi pada malam selepas pertarungan itu. Saya dapat merasakan, dia akan kejar juga (rekod) 30-0,” kata White menerusi temu bual di rancangan Zach Gelb Show.

“Ya (saya rasa dia akan kembali). Saya rasa dia tidak akan bersara. Ayahnya (Abdulmanap) mahu dia capai sasaran 30-0 dan saya rasa dia mahu menghormati permintaan ayahnya itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, persoalannya jika Khabib kembali, dengan siapa dia bakal bertarung?

Jika dilihat pada kemahuan Khabib, impiannya adalah untuk bertarung dengan bekas juara berganda UFC, Georges St-Pierre.

Iklan

Namun, bagi peminat pula ramai yang mahukan Khabib untuk akhirnya bertemu dengan Tony Ferguson, kerana pertarungan mereka sudah lima kali dibatalkan.

Ayah faktor kejayaan Khabib kekal rekod menang tanpa kalah sebanyak 29 kali

Selain itu, ada yang juga tidak menolak kemungkinan untuk Khabib mengadakan pertarungan semula (rematch) dengan ‘seterunya’ iaitu Conor McGregor selepas pertembungan mereka pada UFC 229 dahulu yang telah mencetuskan persengketaan di antara dua jaguh tersebut.

Iklan

Walau apa pun segala keputusan tertakluk kepada Khabib serta rundingannya dengan UFC dan juga perbincangan dengan keluarganya sendiri.

Sama-sama juga kita nantikan!

Sumber rujukan : astroawani