MAKAN modal! Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19.

Ya! Jika dahulu denda RM1,000 dikenakan kepada individu atau syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan kini tidak lagi.

Buktinya, baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp kumpulan yang mana ada individu berkongsi sekeping foto yang mendakwa dia telah disaman sebanyak RM10,000 semalam (11 Mac) akibat gagal mematuhi SOP.

Melalui tinjauan SinarPlus, kesalahan yang dilakukan oleh individu tersebut adalah gagal membuat imbasan kod memasuki premis menggunakan aplikasi MySejahtera yang mana ia telah diwajibkan sejak Februari lalu.

Individu kongsi foto disaman RM10,000 gara-gara tak imbas kod MySejahteraSaman tersebut dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasan Jenayah IPD Cheras, Kuala Lumpur bertarikh 11 Mac 2021 pada sekitar jam 6.55 petang.

Tindakan mewajibkan pengguna mengimbas kod di MySejahtera adalah susulan terdapat dakwaan pelanggan yang tidak mengimbas kod tersebut telah mencatat butiran peribadi seperti nama dan nombor telefon palsu.

Individu kongsi foto disaman RM10,000 gara-gara tak imbas kod MySejahteraSelain itu terdapat juga premis perniagaan yang tidak mengambil rekod pelanggan yang memasuki premis masing-masing termasuk nombor telefon mereka.

Iklan

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman.

Namun, nampaknya kerajaan dan pihak berkuasa tidak lagi teragak-agak untuk mengeluarkan saman dengan jumlah yang telah ditetapkan itu.

Iklan

Nilai RM10,000 bukanlah satu jumlah yang sedikit untuk dibazirkan. Pelbagai perkara boleh kita buat dengan jumlah tersebut. Betul tak?

Tujuan kerajaan mewartakan arahan baharu tersebut adalah seperti :

  • Memberi kesedaran mengenai kepentingan pematuhan SOP.
  • Nilai kompaun RM10,000 disasarkan kepada pesalah SOP yang mengulangi kesalahan sama.
  • Mengelakkan pelanggaran SOP berulang.
  • Notis kompaun bernilai RM10,000! Namun, nilai sebenar bergantung kepada budi bicara PKD.
  • Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.
  • Pesalah diberikan masa dua minggu untuk menyelesaikan kompaun.