Ini 10 movie pandemik yang best! Boleh layan masa tempoh 'lockdown'

A
A
A

'TOTAL lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 bagi membendung merebaknya pandemik Covid-19 adalah suatu inisiatif yang dilihat memberi kesan kepada pergerakan orang ramai.

Bagi mengisi masa lapang korang di rumah, Sinar Plus kongsikan 10 filem yang wajib ditonton dalam tempoh PKP ini.

Semuanya best! Ada yang berkisarkan pandemik yang dilihat seperti apa yang dunia sedang alami sekarang.

1. Contagion

Contagion adalah filem thriller medik yang bercerita tentang virus yang berasal dari China yang dibawa oleh seorang bussiness women (Gwyneth Paltrow) yang kemudian pulang ke Amerika Syarikat.

Pada tahun filem ini dikeluarkan iaitu tahun 2011, ia digarap kepada wabak SARS. Tapi filem ni seolah perkara yang terjadi kepada dunia hari ini dengan Wabak Coronavirus, Covid-19 yang berasal dari najis kelawar.

“Contagion” juga cuba membawa perspektif tentang usaha di belakang tabir penciptaan vaksin yang perlu dilakukan, serta yang lebih penting kajian tentang perubahan manusia yang akan berlaku, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.

Rating : 8.5/10

2. The Flu

Sebuah filem Korea Selatan yang diberikan judul “Gamgi” dan dikenali sebagai “The Flu” bagi pasaran antarabangsa, filem ini membawakan tentang penyebaran wabak selesema disebabkan oleh jangkitan virus H5N1 yang mampu membunuh pesakit dalam tempoh 36 jam.

Selepas satu operasi membanteras kemasukan pendatang haram mendapati pendatang yang dikurung meninggal dunia akibat satu jangkitan misteri. Dua individu yang bertanggungjawab menyeludup mereka juga mengalami jangkitan. Satu-satunya pendatang asing yang terselamat pula melarikan diri.

Usaha untuk melakukan kuarantin gagal dilakukan selepas jangkitan mula merebak, sehingga memaksa bandar Seoul ditutup aksesnya.

Kerajaan Korea Selatan melakukan banyak perkara di luar jangkaan bagi melindungi wabak yang mula membunuh ramai nyawa. Cerita ni sedih terutama watak ibu dan anak dan abang bomba yang sanggup berkorban nyawa!

Filem arahan Kim Sung-Su ini dibintangi oleh Jang Hyuk (Volcano High, Windstruck) dan Soo Ae (A Family, Sunny).

Rating : 9.5/10

3. Deranged

Deranged (2012) Satu lagi filem asal Korea Selatan bertema pandemik. Filem ini mengisahkan mengenai penyebaran virus bernama “yeongasi” yang mana korbannya yang terkena infection akan sentiasa berasa haus dan akan menenggelamkan dirinya di dalam sungai. Ini merupakan cara agar virus yang bersarang di tubuh mangsa dapat keluar melalui dubur atau mulut.

Di kisahkan, 1 keluarga terkena virus iaitu ibu dan dua anaknya. Manakala bapanya berusaha sehingga mempertaruhkan nyawa untuk mencari ubat di tengah wabak yang sudah menyebar di seluruh negeri. Disebabkan sebiji ubat manusia sanggup berbunuhan. Cerita ni pun sedih! Sediakan tisu siap-siap bagi korang yang berhati tisu!

Rating : 9.5/10

Ini 10 movie pandemik yang best! Boleh layan masa tempoh 'lockdown'

4. 28 Days Later

Filem 28 Days Later bercerita tentang virus yang disebarkan secara sengaja melalui beberapa ekor monyet oleh sekelompok aktivis pencinta binatang. Dalam waktu singkat, manusia yang terkena virus itu berubah menjadi pembunuh yang makan orang aka Zombie.

28 hari setelah virus tersebar, Jim (Cillian Murphy) tersadar dari koma di hospital. Dia mendapati tiada siapa pun di hospital tersebut.

Sewaktu dia keluar dari hospital dan berjalan sehingga ke kota London, semuanya kosong. Tidak ada orang satu pun. Hanya ada tanda-tanda bencana dan kerosakan infrastruktur.

Dalam keadaan bingung tersebut, Jim diserang zombie. Dia selamat setelah dibantu oleh Selena (Naomie Harris) dan Mark (Noah Huntley). Kedua manusia yang juga selamat ini memberi tahu kemungkinan virus telah menyebar ke seluruh dunia.

Cerita ni memang suspen dan terkejut! Bersedialah untuk menjerit sambil melompat atas katil! Zombienya pon sangat ganas!

Rating : 9/10

5. 28 Weeks Later

Virus dahsyat yang memusnahkan Negara Britain secara misteri muncul kembali dalam sekuel 28 Days Later.

Enam bulan telah berlalu sejak virus yang menyebabkan penduduk Britain berbunuhan dan memusnahkan segala apa yang ada di seluruh bandar. Kini tentera A.S telah menyatakan kemenangan dalam perang melawan jangkitan yang cepat merebak ini.

Apabila proses pembinaan semula dijalankan dan gelombang pertama penduduk asal daripada luar negeri kembali ke Britain, sebuah keluarga yang terpisah iaitu dua orang anak dan bapanya berasa gembira dapat bertemu semula.

Ibu mereka telah digigit zombie dan bapanya telah meninggalkan ibunya di suatu pekan dan beranggapan ibunya telah menjadi zombie yang ganas.

Tapi sebenarnya, ibu mereka yang terkena virus mempunyai antibodi yang kuat setelah diserang zombie.

Cerita ini awal-awal lagi sudah sangat tragis dan sedih! Kena sediakan tisu juga bagi yang berhati tisu! Zombie dia memang ganas dan makin kuat!

Katanya akan ada sekuel 28 Months Later pula.

Rating : 8.5/10

6. Saving Private Ryan

Filem arahan Steven Spielberg ini memang epik mengenai kisah sebenar semasa D-Day WWII. Cerita ini dibuka dengan sebuah prolog yang membawa seorang lelaki ke tanah perkuburan Amerika di Normandy, dan kemudian flashback, Ryan telah menyertai Kapten John Miller (Tom Hanks) dalam pendaratan pada 6 Jun 1944 di Omaha Beach untuk menghadapi tembakan artileri Jerman yang dahsyat.

Filem perang Saving Private Ryan (1998) arahan Steven Speilberg dianggap sebagai filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.

Filem tersebut bukan sahaja memaparkan gambaran perang yang agak kejam dan menakutkan, tetapi sebenarnya turut menceritakan kisah yang pernah berlaku kepada anggota tentera Amerika Syarikat (AS), Federick “Fritz” Niland dan juga polisi Jabatan Perang AS ketika itu dalam mengelakkan sesebuah keluarga itu kehilangan semua anak lelaki mereka ketika berlaku perang.

Beberapa hari selepas berjaya menawan Pantai Omaha (Seperti yang ditunjukkan diawal filem), Captain Miller menerima misi dari pemerintah tertinggi tentera, iaitu selamatkan Private James F. Ryan (lakonan Matt Damon), anggota tentera yang baru sahaja kematian tiga abangnya semasa perang dalam tempoh satu minggu.

Private Ryan ketika itu dikenalpasti sebagai satu-satunya “anak lelaki” yang masih hidup dan Jabatan Perang AS mahu dia diselamatkan dan dihantar pulang. Cuma masalah yang mereka hadapi, kedudukan Private Ryan tidak diketahui dan Captain Miller serta pasukannya ditugaskan untuk mencari askar tersebut yang disyaki berada jauh dibelakang garisan musuh.

Berapa ramai anggota yang terkorban sebab nak selamatkan Private Ryan. Adakah berbaloi pengorbanan dorang ni? Korang memang kena tengok movie ni! Aksi perang dia memang penuh suspen, thrill dan padu beb!

Rating : 9.8/10

7. Parasite

Parasite mengupas kehidupan keluarga Kim Ki Taek, seorang pemandu dan isterinya Choong Sook, serta dua orang anak mereka yang sudah meningkat dewasa.

Mereka berempat tinggal di sebuah apartmen bawah tanah yang tidak layak dihuni. Keluarga ini mengharungi kesempitan dalam hidup dan hanya bergantung pada kerja melipat kotak piza untuk menjana pendapatan.

Namun pada satu hari, Ki Woo, anak lelaki Ki Taek dan Choong Sook, mendapat pekerjaan untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris, membolehkan mereka menjana pendapatan yang lebih banyak.

Pekerjaan ini ditawarkan oleh teman rapat Ki Woo yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka bermulalah keluarga ini berfikir strategi untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka yang serba miskin.

Beberapa adegan yang menonjolkan betapa bezanya hidup manusia dari dua golongan kelas berlainan – mengukir senyuman pahit di wajah kita. Macam-macam perasaan yang korang akan rasa bila tengok movie ni. Ada rasa happy, sedih, marah, rasa terhina dan macam-macam lagi.

Rating : 9.8/10

Ini 10 movie pandemik yang best! Boleh layan masa tempoh 'lockdown'

8. The Platform

The Platform merupakan film berbahasa Spanyol dengan genre horor-thriller. Kisahnya bercerita tentang kehidupan di dalam sistem penjara vertikal. Sebuah kisah berlatar suasana penjara bertingkat dimana kat tengahnya ada satu platform yang akan turun setingkat setingkat.

The Platform berkisar tentang watak bernama Goreng (bukan pisang goreng) yang mana mahu masuk ke penjara untuk mencepatkan diplomanya.

Di dalam penjara pertingkat yang dimasuki, makanan diletakkan di atas satu platform dan kemudiannya akan turun tingkat demi tingkat. Goreng menyaksikan satu struktur hidup penjara yang cukup sukar dimana ketamakan prisoner di atas menjadikan prisoner di bawah kelaparan.

Orang yang di tingkat 1 akan dapat makanan mewah, manakala orang di tingkat makin bawah akan makan lebihan makanan orang tingkat atas. Sebab apa, sebab orang atas makan lebih dan tak ingat orang lain.

Filem ni memang metafor tentang kapitalis. Tentang orang atas yang kekal kaya, dan orang bawah yang kekal miskin. Tentang tamak dan haloba.

Filem ni ganas, ada unsur kanibal, dan penuh darah. Tak sesuai untuk budak-budak. Diingatkan filem ini adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja dan korang perlu ‘bijak’ untuk menontonnya. Jika tidak, korang akan rasa The Platform adalah sebuah filem yang bosan.

Rating : 7.5/10

9. What Happen To Monday

Di masa depan di mana penduduk terlalu banyak dan kebuluran telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan 'Polisi Satu Anak' yang drastik menyebabkan tujuh beradik kembar yang sama menjalani kehidupan secara rahsia.

Dibesarkan oleh datuk mereka (Willem Dafoe) yang mendidik mereka dan menamakan mereka - Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday and Sunday.

Mereka masing-masing boleh keluar sekali seminggu mengikut nama mereka secara bergiliran dan menggunakan identiti mereka sebagai Karen Settman (Noomi Rapace).

Satu hari, Monday telah keluar pergi kerja, tapi dia tak balik ke rumah. Apa telah terjadi kepada Monday, kemana dia telah pergi?

Haa, korang kena layan cerita ni sampai habis. Cerita ini tragis sebab dorang kena bunuh bila ada orang dah tahu rupanya mereka adalah tujuh beradik sebenarnya yang telah hidup selama bersembunyi makan masa 30 tahun.

Rating : 9.3/10

10. Forgotten

Kisah bermula dengan Jin-seok, seorang remaja yang sangat mengagumi abangnya iaitu Yoo-Seok. Mereka dalam perjalanan bersama kedua ibu bapanya ke rumah baru yang akan mereka duduki. Apabila sampai ke rumah berkenaan, Jin-seok seakan pernah datang ke rumah itu sebelum ini namun tidak mengetahui bila.

First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-Seok nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil itu sebab dia sorang jer yang dengar bunyi pelik-pelik. Walaupun seram, memang curious nak tahu benda itu jadi sebab memang ada hantu ataupun sebab Jin-Seok sakit.

Pada suatu malam, abang Jin-Seok membawanya keluar berjalan jalan walaupun waktu itu hujan lebat. Yoo-Seok ingin menenangkan adiknya itu kerana Jin-Seok sering mendengar bunyi yang pelik dalam sebuah bilik di dalam rumah mereka itu. Namun, malam itu Yoo-Seok telah diculik oleh orang yang tidak dikenali dan adiknya tidak sempat menyelamatkannya.

Baca juga Beli barang dapur online mudah masa total lockdown, guna 7 aplikasi ini elak keluar rumah

Jin-Seok hanya sempat mengingati nombor kenderaan yang telah menculik abangnya namun pihak polis mengatakan bahawa nombor plate berkenaan tidak wujud dan tidak berdaftar dengan mana-mana kenderaan ditempat itu.

Yoo-Seok akhirnya berjaya dijumpai selepas 19 hari hilang, namun dia tidak mengingati apa yang terjadi ke atasnya selama 19 hari itu. Namun Jin menyedari kelakuan abangnya telah berubah dan tidak seperti sebelum dia di culik. Begitu juga personaliti ibu dan ayahnya.

Apa terjadi selepas itu memang mind blowing! Memang korang tak akan jangka plot twist dia. Cerita ni pun memang sedih mengenai pembunuhan keluarga dan seorang adik yang terdesak untuk mendapatkan wang demi menanggung kos pembedahan abangnya. Memang tragis dan sadis!

Rating : 9.8/10

Ok. Selamat menonton korang. Ini sebahagian movie yang korang boleh layan masa tempoh lockdown ini! Kalau korang ada cerita best boleh suggest juga. #stayathome #kitajagakita.

Sumber: nadzirahata

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca