ANAK anugerah yang sangat bernilai.

Menyaksikan pembesaran mereka setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan semua yang bergelar ibu dan bapa.

Namun, sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak yang perlu diperhatikan.

Pun begitu, ibu bapa perlu faham bahawa setiap anak adalah berbeza perkembangannya.

Sekiranya mendapati anak tidak mencapai kemahiran setanding usia, sebaiknya berjumpalah pakar.

Walaupun ada sahabat atau saudara terdekat yang cuba sedapkan hati kita, ada kala kita sendiri kena jadi tegas.

Mereka cuma nak tenangkan hati kita supaya kita tak jadi risau. Sebenarnya lagi lama kita tunggu, lagi banyak kita buang masa anak yang sangat berharga.

Masa yang dibuang itu umpama sungai yang terus mengalir meninggalkan kita.

Anak sangat harapkan kita. Kita sajalah harapan untuk bantu mereka.

Begitulah perkongsian seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal.

Beliau mengatakan pakar kanak-kanak bersependapat 12 keadaan ini dianggap tidak normal dan perlukan perhatian segera;

1. Otot leher bayi masih terlalu lembik walaupun sudah berusia lebih dari 3 bulan.

2. Anak seolah-olah seperti tak mendengar.

3. Tak nampak cubaan anak untuk cuba mendengar.

Iklan

4. Tak beri respon langsung bila nama dia dipanggil atau tiada respon apabila kita sebut “No” (tidak/tak) masa umurnya dah cecah 1 tahun.

5. Mata anak tak dapat fokus pada muka mak atau ayah masa umurnya sudah 6 minggu.

Baca juga Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat

Iklan

6. Matanya masih tak dapat fokus pada apa-apa objek walaupun usia dah lebih 6 minggu.

7. Pegang objek terlalu dekat pada mata.

8. Masih juling mata pada usia lebih 6 bulan.

9. Masih belum boleh berjalan pada usia 18 bulan.

10. Tak ada perkataan jelas yang disebut pada usia setahun setengah.

11. Tak boleh menyambung dua perkataan dalam satu ayat pada usia dua tahun.

12. Lilitan kepala terlalu kecil atau terlalu besar (perlu plot pada carta lilitan kepala).

Jadilah mak ayah yang peka pada keadaan anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Redza Zainol