Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa

PANAS di media sosial berkaitan kriteria permohonan pengeluaran akaun 1, i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Oleh itu, semalam pihak KWSP telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

Ini tujuh perkara penting berkaitan i-Sinar yang wajib korang ambil tahu;

1. KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar

2. Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

3. KWSP merujuk kepada pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.

4. KWSP ingin menyatakan ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak- pihak berkepentingan.

5. Setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan.

6. Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

7. Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari
2021.

Baca juga Jangkitan pada paru-paru, Wani Comel dimasukkan ke hospital

Iklan
Iklan

Sebelum ini, KWSP telah mengumumkan dua kategori kriteria kelayakan bagi memohon i-Sinar bagi membantu ahli yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Kategori 1 adalah untuk yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online

Manakala Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pasrah hilang jari ketika daki Puncak Mera, ratu cantik Malaysia ‘move on’, mahu teruskan misi tawan gunung lain

  ALANG-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun kehilangan salah satu jari kaki…

11 hours ago

Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie menjadi perhatian ramai susulan berita perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer…

12 hours ago

Kepala bayi songsang terputus akibat dipaksa bersalin normal, ibu cerita detik cemas. 10 info kehamilan songsang anda perlu tahu

KETERUJAAN menyambut cahaya mata bertukar duka bagi pasangan ini apabila bayi yang dinanti-nantikan maut dalam…

13 hours ago

Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

SIAPA yang tidak kenal dengan empat orang adik-beradik daripada 'utagha' (Utara) iaitu bekas pengacara Siti…

16 hours ago

Nak cantik cepat, lain pula yang dapat. Rawatan muka drakula punca 4 wanita ini dijangkiti virus HIV

SUDAH banyak rawatan muka di dunia ini yang terbukti berkesan untuk menjadikan wanita kekal cantik…

19 hours ago

Ustaz Don Daniyal meriahkan majlis KinderHive Riang Raya dan Soft Launch 2024, sasar 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air

KinderHive baru-baru ini mengadakan majlis “KinderHive Riang Raya & Soft Launch 2024” bagi pusat didikan…

19 hours ago