TAHUKAH anda, bermula 1 Januari 2021, majikan yang menggajikan golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun layak memohon bayaran RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0?

Ya! Selain insentif perantisan kepada pihak majikan, program tersebut membolehkan para belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui ‘on the job training’.

Tapi apa itu PenjanaKerjaya 2.0?

Untuk pengetahuan semua, PenjanaKerjaya 2.0 merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga bulan yang disasarkan kepada golongan belia.

Insentif RM1,000 sebulan melalui program PenjanaKerjaya 2.0, bantu golongan belia menganggur

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan dan kemahiran bekerja.

Iklan

Insentif yang diterima bagi majikan / perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji / elaun minimum adalah RM1,200 sebulan.
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan.

Syarat kelayakan untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:

Iklan
  • Warganegara Malaysia.
  • Lepasan sekolah / graduan berumur 18-30 tahun.
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.

Syarat Tambahan

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MYFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap.
  • Tarikh Permohonan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0.
  • Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Cara Permohonan

Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs.